Skip to main content

Sukarnya mencari sebuah 'kekuatan'.

Pengalaman hidup setiap orang adalah berbeza. Pengalaman yang dilalui semenjak lahir ke dunia hinggalah di mana kita berada sekarang bukanlah satu perkara yang biasa bagi setiap insan.

Walaupun ramai yang masih tidak menyedari bahawa pengalaman itu menjadi guru terhebat, setiap insan masih mendapat kurnia untuk terus menimba pengalaman.

Pada asasnya, semakin lama hidup ini diselusuri, makin banyaklah ilmu makin bijaksanalah seseorang itu. Secara logiknya, betul bukan?

Namun, pada kebanyakan masa, mereka yang sepatutnya 'sudah banyak makan garam' pula yang memberikan output yang tidak wajar.

Bertemu dan bersemuka dengan pelbagai golongan dan lapisan masyarakat yang pelbagai adalah salah satu pengalaman yang paling baik untuk seseorang. Percambahan idea dan pengalaman yang dicerna dengan baik pasti dapat memberikan impak yang positif bagi setiap individu dalam cara bercakap dan berfikir.

Kebolehan menghubungkan pengalaman peribadi, ilmu dari teori dan kewarasan akal fikiran sepatutnya dapat memberikan seseorang sebuah 'kekuatan' yang membina 'jati diri' yang hebat. Pengetahuan dalam ilmu sejarah dan politik pastinya akan menjadikan seseorang itu lebih 'tawadhu' dan menghargai apa yang dikecapi hari ini dengan lebih baik.

Keharmonian diantara kebijaksanaan akal dan sebuah 'kekuatan' yang terbina dari dalam sepatutnya dapat 'memerdekakan' jiwa seorang manusia.

Dari seawal umur 6 tahun hinggalah sedewasa 25 tahun melalui sistem pembelajaran formal di negara ini, di manakah 'kekuatan' diri kita... sehingga kita lupa...apa sebenarnya erti MERDEKA.

Alhamdulillah, saya bangga menjadi anak MALAYSIA dan lebih berbangga kerana saya seorang ISLAM.

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Berkasih...

Bila terkenang waktu pertama kali berjumpa suami, tersenyum sendiri saya dibuatnya. Yalah, walau dulu cara kita bercinta tak sama dengan anak muda sekarang, saya rasa pada masa itu ramai juga rakan yang 'asyik' bercinta sakan. Mungkin, saya antara mereka yang agak naif dalam berkawan pada masa itu. Apa yang pasti, saya tidak melangkaui batasan yang sepatutnya. Malah kesilapan lalu tidak mahu lagi saya ulangi. Apa yang saya ingin dikongsikan ialah tentang "INDAHNYA BERKASIH" yang perlu wujud pada setiap masa dalam hidup bersama suami... Dalam masa susah dan sukar, ramai yang mudah lupa akan keindahan-keindahan yang telah kita ciptakan pada satu masa dulu. Ada kalanya, perlu juga kita mengulangi pengalaman 'berbulan madu' bersama suami. Pada ramai wanita yang hatinya sering tercalar dan dilukai oleh suami, ia bukanlah satu titik akhir untuk menamatkan kisah indah yang pernah tercipta. Pada wanita yang sedang berbahagia bersama suami, seringlah beringat untuk men...

Cabaran Syawal tahun ini: Satu pemerhatian peribadi.

Apa khabar semua? Semoga cuti yang panjang tidak menjadi penghalang kepada perkembangan positif dan perubahan yang baik. Wah, setelah ramadhan berlalu, syawal pula menjelma! Ramai dikalangan rakan usahawan runcit berkongsi pengalaman pahit manis semasa ramadhan dan syawal. Ada juga usahawan yang gembira dengan hasil jualan (terutama pengusaha makanan) dan ada juga keluhan kekurangan pelanggan yang membeli (terutama pengusaha pakaian). Selain itu, rakan niaga dalam industri perkhidmatan juga merungut akibat pelanggan yang lewat dan masih tidak menjelaskan bayaran perkhidmatan. Maklumlah, ramai pelanggan yang mula bercuti seawal 6 September yang lalu. Apa yang saya kira menarik tahun ini adalah pola pembelian yang berkait rapat dengan kuasa masyarakat sebagai pembeli serta kekukuhan ekonomi keluarga di dalam masayarakat. Rata-rata tahun ini ramai yang berbelanja secara sederhana dari segi perhiasan rumah, diri dan keluarga. Jika diperhatikan, ramai yang keluar mem...

Menyambung Ukhuwwah: Deposit Bank Sosial Anda!

Saya dengan lapang dada, mula memberikan peluang kedua bagi diri saya untuk menjalin semula hubungan ukhuwwah tanpa sebarang prasangka! **************** Assalamualaikum. Kepada semua rakan pembaca dan sesiapa yang secara sengaja atau tidak singgah di laman blog   saya ini. Pernah anda terfikir tentang dimana kawan-kawan lama dulu? Tidak kiralah semasa di sekolah rendah, sekolah menengah atau mungkin di universiti atau kolej tempat anda belajar. Saya secara jujur, pada awalnya tidak mahu menjalin hubungan semula dengan kawan-kawan lama. Maklumlah, saya rasa pengalaman dulu banyak yang kurang indah dan lebih banyak yang menyakitkan. Kenangan dibuli membuli, dimarah dan memarahi, kawan baik, kakak angkat, adik angkat, kenangan bersama di kelas dan asrama, banyak   yang tidak begitu indah untuk diingat, apatah lagi untuk dikenang. Ramai rakan dulu jauh lebih berjaya daripada saya. (mereka selalu berkata sebaliknya) Saya adalah antara yang mempunyai ramai anak dan agak be...