Skip to main content

Berlumba untuk berniaga: Anda di mana?

Sepanjang bulan RAMADHAN yang lalu, mesti ramai diantara kita yang masih teringat dan terbayang betapa banyaknya barang atau produk yang kita beli untuk menyambut syawal.

Bagi para 'blogger' dan 'facebooker' pasti mereka masih teringat bagaimana penuhnya 'wall' mereka dan 'group' mereka dengan pelbagai iklan dari makanan, pakaian hinggalah ke barang perhiasan.

Pun begitu, bagi ramai peniaga 'online' atau 'offline' bahangnya sentiasa sama. Cuma intensitinya sahaja yang berbeza. Kemunculan Syawal selepas Ramadhan menjadi lubuk rezeki sekali lagi bagi ramai peniaga. Ini termasuklah peniaga makanan, pakaian barang perhiasan, salon, spa dan banyak lagi.

Keinginan dan keperluan pelanggan yang juga berbeza dan bermusim merupakan antara cabaran yang besar bagi para peniaga untuk meneruskan 'perlumbaan' dan 'marathon' untuk terus mendapat bisnes. Bisnes yang dilihat dari segi berapa banyak transaksi jualan tunai kini menjadi salah satu cara menilai keaktifan dan kekuatan banyak bisnes.

Perlumbaan ini saya lihat sebagai satu aktiviti yang positif dan sangat sihat. Dunia perniagaan bertambah meriah dan rancak. Perkembangan industri jualan runcit mahupun borong pasti akan bercambah dengan baik. Kelihatan seolah semua peniaga berjaya menunjukan kegigihan dan kesungguhan berniaga dengan adanya perlumbaan yang positif.

Walaubagaianapun, pada masa yang sama sebagai peniaga anda seharusnya mengambil sedikit masa dan bertanya pada diri.

"Dalam perlumbaan ini dimanakah saya berada? Adakah saya berlari sendrian, di trek, atau saya sebenarnya sedang ber'jogging' di sebuah taman permainan."

Apabila anda bertanya sedemikian, anda sebenarnya membawa dunia perniagaan anda ke alam sebenar. Ia bukan lagi sekadar membuat sesuatu yang hanya bersifat 'seasonal' tetapi sesuatu yang harus ada penamatnya.

Tujuan berlumba adalah untuk menuju ke garisan penamat. Jadi, dalam perlumbaan ini, ada dimana? Atau adakah anda sebenarnya tidak berlari dan tidak berada dimana-mana 'trek' pun.

Salam Usahawan.

Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...