Skip to main content

ORANG GAJI, PEMBANTU RUMAH, ‘MAID’

“…kekuatan kita terletak bukan hanya pada paras rupa dan tubuh badan semata-mata.”
*****************
3 perkataan diatas akan mendorong banyak wanita dan ibu untuk ambil tahu. Isu yang berterusan dan ‘evergreen’ ini menjadi salah satu topik yang pasti akan dipilih untuk dibincangkan oleh ramai wanita terutama mereka yang bergelar ibu.

Walaupun setiap pembantu rumah ada karenahnya,
mereka juga seperti kita.
Hanya Allah sahaja yang mengetahui 'berakhirnya hidup' bagaimana.

Sebenarnya saya amat kagum dengan ramai wanita dan ibu yang mampu menguruskan rumah tangga dengan baik tanpa orang gaji, pembantu rumah atau ‘maid’.
Saya secara peribadi mengakui bahawa saya banyak dibantu oleh orang gaji, pembantu rumah dan ‘maid’. Uniknya, saya sekeluarga memanggil beliau ‘kakak’ meskipun umurnya sudah menjangkau hampir 50 tahun. Lagi unik, beliau sudah 13 tahun berkhidmat untuk keluarga suami dan saya!
Saya kira semua ibu memerlukan sokongan dan bantuan.
Jika ianya tidak dari seorang yang bernama ‘maid’ ia mungkin digelar encik suami, anak-anak, kedai dobi, khidmat membersih rumah, restoran, kedai makan, ahli keluarga terdekat atau jiran.
Apa sahaja pilihan yang dibuat, ia tentunya berdasarkan situasi yang berbeza bagi setiap wanita yang bergelar isteri dan ibu. Mari kita lihat kategori yang mungkin kita tidak pernah terfikir.
1.       Ibu bekerja 9-5 petang setiap hari.
2.       Ibu bekerja 9-5 petang setiap hari, sambil belajar.
3.       Ibu bekerja 9-5 petang setiap hari, bekerja sendiri separuh masa.
4.       Ibu bekerja sendiri menjalankan perniagaan di rumah.
5.       Ibu bekerja sendiri menjalankan perniagaan di rumah, sambil belajar
6.       Ibu bekerja separuh masa – hanya keluar pada jam tertentu sahaja.
7.       Ibu bekerja sendiri menguruskan syarikat.
8.       Ibu bekerja sendiri menguruskan syarikat, sambil belajar.
9.       Ibu – suri rumah sepenuh masa.
10.   Ibu – suri rumah, sambil belajar.
Anda sendiri mungkin boleh menambah sendiri senarai di atas.
Jika dilihat dengan teliti, apa saja gelaran yang diberikan dari 1-10, dunia hari ini memerlukan seorang wanita yang bergelar ibu untuk menjadi seorang yang lebih dari itu.
Keperluan keluarga dan dengan kos sara hidup yang tinggi, menjadi antara faktor ramai ibu mengambil keputusan untuk membuat lebih dari satu kerja.
Inilah sebenarnya yang kita gelar ‘SUPERMOM’. Tiada soal siapa yang lebih hebat dan siapa yang tidak hebat. Benar bukan?
Dalam 10 kategori di atas anda boleh lihat pula yang berikut.
1.       Suami bersama keluarga.
2.       Suami bersama keluarga 5 hari seminggu.
3.       Suami bersama keluarga 2 hari seminggu.
4.       Suami jarang-jarang ada.
5.       TIADA SUAMI.
Juga, ada ibu yang dalam sebuah keluarga yang lebih besar dan istimewa.
1.       Mempunyai anak.
2.       Mempunyai anak seorang.
3.       Mempunyai anak lebih dari 3 orang.
4.       Mempunyai anak tiri dan anak seorang.
5.       Mempunyai anak tiri dan anak lebih dari 3 orang.
6.       TIADA ANAK.
Apa pun, cuba bayangkan tentang kombinasi mana-mana 3 kategori di atas. Besar dan banyak kebarangkaliannya bukan?

Itulah yang kita sebutkan betapa ramai wanita yang bergelar ibu di luar sana adalah SUPERMOM. Mereka sentiasa menghadapi cabaran dan kepelbagaian pada setiap masa. Naluri sebagai seorang ibu, mempunyai nilai kasih sayang yang lebih tinggi kepada anak-anak dan keluarga.

Inilah yang banyak membentuk suasana masyarakat hari ini.

Baru-baru ini disebut isu tentang wanita kini makin ramai yang tertekan. Memahami akan kepelbagaian situasi seperti di atas, kita pasti tidak hairan.

Namun, kekuatan kita terletak bukan hanya pada rupa paras dan tubuh badan semata-mata. Kekuatan kita terletak pada HATI.

Hati yang menyimpan kekuatan dengan NIAT yang betul.
Hati yang menyimpan kekuatan dengan mengolah PERASAAN yang indah.
Hati yang menyimpan kekuatan dengan sifat TAWADHU’ dan TAWAKKAL.
Hati yang menyimpan kekuatan dengan rasa dekat pada TUHAN.

Semoga, semua yang bergelar ibu, dengan kombinasi apa sekalipun, akan berjaya menempah satu tempat yang hebat di SYURGA yang menanti. AMIN!

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...