Skip to main content

Menyambung Ukhuwwah: Deposit Bank Sosial Anda!

Saya dengan lapang dada, mula memberikan peluang kedua bagi diri saya untuk menjalin semula hubungan ukhuwwah tanpa sebarang prasangka!

****************

Assalamualaikum.

Kepada semua rakan pembaca dan sesiapa yang secara sengaja atau tidak singgah di laman blog  saya ini.

Pernah anda terfikir tentang dimana kawan-kawan lama dulu?

Tidak kiralah semasa di sekolah rendah, sekolah menengah atau mungkin di universiti atau kolej tempat anda belajar.

Saya secara jujur, pada awalnya tidak mahu menjalin hubungan semula dengan kawan-kawan lama.

Maklumlah, saya rasa pengalaman dulu banyak yang kurang indah dan lebih banyak yang menyakitkan.

Kenangan dibuli membuli, dimarah dan memarahi, kawan baik, kakak angkat, adik angkat, kenangan bersama di kelas dan asrama, banyak  yang tidak begitu indah untuk diingat, apatah lagi untuk dikenang.

Ramai rakan dulu jauh lebih berjaya daripada saya. (mereka selalu berkata sebaliknya)

Saya adalah antara yang mempunyai ramai anak dan agak berbeza kerana dalam usia muda sudah menjadi seorang ibu tiri kepada 4 anak yang dewasa.

Pada kebanyakan masa, rasa rendah diri pun ada juga. Agaknya, itu antara sebab mengapa saya rasa agak keberatan untuk menghubungi semula rakan lama.

Setelah hampir 10 tahun berlalu, saya kira pengalaman jugalah yang menjadi guru yang mengajar bahawa hubungan persahabatan tidak patut diputuskan. Pertemuan dengan beberapa kawan lama dalam tempoh itu, mula membuka semula minda saya yang agak kolot ini.

Semua manusia boleh berubah dan berhak diberikan peluang kedua.

Ramai yang sudah berubah menjadi lebih matang dan lebih berwibawa. Tidak kiralah dalam apa juga bidang yang dipilih. Ada yang memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa (kerja yang paling berat!), bekerja di pejabat kerajaan atau swasta, malah ada juga yang berniaga sendiri dalam pelbagai lapangan.

Saya mula percaya bahawa hubungan persahabatan sepatutnya dikekalkan untuk menjana sebuah masyarakat yang lebih baik. Hubungan ini bukan sahaja mengeratkan semula ukhuwwah, malah memberikan peluang kepada ahli keluarga termasuklah pasangan masing-masing serta anak-anak untuk *menambahkan pengalaman dan kawan dalam hidup.

Anak-anak mendapat peluang untuk berkenalan dengan anak-anak rakan kita. Pada masa yang sama mereka *melihat dan belajar dengan memerhati bagaimana ibu bapa mereka berkomunikasi . Ini akan dapat memberikan pengalaman untuk mereka supaya dapat mengaplikasikan kemahiran ini kelak.

Bagi kita sebagai orang dewasa, inilah masanya untuk membina semula jaringan dan rangkaian persahabatan yang sepatutnya ampuh dan mampu membantu antara satu sama lain.

Memperkembangkan kenalan juga mampu memberikan kesan kepada *perkembangan minda dan keperibadian sesama kita. Perkongsian idea serta perkara baru yang dilalui memberikan peluang untuk orang lain belajar dari pengalaman orang lain.

Selain dari itu, kekuatan dan *keutuhan ekonomi mampu dijana dengan lebih baik. Meskipun ramai yang membuat pilihan berbeza, mereka boleh saling bantu-membantu dalam dimensi mereka yang tersendiri.

Saya telah menyaksikan sendiri bagaimana 4 orang rakan sekolah lama di sekolah rendah. Mereka telah berjaya bekerjasama dan menjalankan sebuah syarikat amanah saham yang kini menjaga hampir billion ringgit dagangan.

Pada masa yang sama, saya bertemu dengan seorang surirumah yang mula menjalankan semula aktiviti kelas agama yang hanya dimulakan sebagai satu kumpulan usrah kecil. Kini, ianya telah berkembang menjadi 50 orang ahli.

Bukankah ini salah satu manfaat apabila kita menjalin semula ukhuwwah?

Saya dengan lapang dada, mula memberikan peluang kedua bagi diri saya untuk menjalin semula hubungan ukhuwwah tanpa sebarang prasangka!

Comments

  1. Salam buat sahabatku aminah,

    Saya sungguh tak sangka bahawa anda pernah terfikir begitu. Huhu...sedihnye saye, kerana saya juga sebahagian masa silam anda yang anada katakan 'tak begitu indah untuk dikenang'.

    Biarlah ape yang anda nak kata.

    Yang pasti, bagi saye sendiri, pengalaman di sekolah menengah dan sekolah rendah, semuanya indah-indah belaka, walaupun saya dimarahi, dipanggil ke depan perhimpunan, didenda mencuci tandas, diboikot, dibuli, memboikot dan membuli. semua itu kenangan indah...yang membuatkan saya tersenyum sendiri kadang2.

    dan di sebalik kenakalan sewaktu itu, ada sosok insan yang sukar untuk kami lupakan.

    insan itu memimpin kami dengan penuh wibawa, kematangan, kebijaksanaan dan ucapannya yang memukau. semua itu Allah anugerahkan padanya di sebalik kesederhanaan yang ditampilkan dalam keperibadiannya.

    kehilangannya dari pertemuan2 kami pasca sekolah memang menjadi tanda tanya. itu kerana kami sangat menghargai dan merindukannya.

    Alhamdulillah, di kesempatan alam maya ini kita bersua kembali. Benar sabda Rasul:

    الناس معادن
    خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام إذا فقهو

    "Manusia bagaikan logam. Sebaik2 mereka semasa jahiliyyah adalah sebaik2 kamu setelah Islam, sekiranya mereka memahami"

    Konteks hadith di atas itu berkisar tentang potensi dalam diri manusia yang sama hebat di dua alam, sama ada sewaktu dia belum menerima Islam atau selepas dia mengenali hakikat islam. 'Logam' dirinya tetap terserlah di mana2 jua.

    Semoga Allah terus melapangkan dada kita semua untuk berukhuwwah Islamiyyah. Setinggi2 martabat ukuwwah itu ialah al-ithar (mendahulukan kepentingan saudaranya melebihi keperluan diri sendiri) dan serendah2 martabat ukhuwwah ialah salaamat al-sadr (bersangka baik).

    Tidak ada yang lebih dicemburui oleh malaikat melainkan hamba2 Allah yang bukan Nabi dan Rasul tetapi mempunyai cahaya di wajah mereka hasil al-ukhuwwah al-Islamiyyah.

    baarakallahufiik.


    Sahabat,
    Hidup

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.

    Terima kasih atas inspirasi yang dikongsi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya: "Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?" Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!" Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya. Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan: PERTAMA: Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah. Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat. Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita ...