Skip to main content

Masalah Peribadi jangan di bawa-bawa.

Waktu- waktu begini, tidak pula saya pasti sama ada pembaca blog masih aktif di luar sana. Maklumlah, hari ini bersamaan 27 RAMADHAN, pasti masing-masing sibuk dengan persiapan keluarga.


Hari ini, saya masih menyiapkan beberapa perkara bisnes yang perlu. Memastikan beberapa perkara berada pada tempatnya, maklumlah semua yang bekerja sudah bercuti.


Lumrah orang berniaga, ada masa turun dan naik.


Saya kira, sebagai seorang yang pernah bekerja, saya faham benar dengan situasi peribadi yang sering mengganggu prestasi dan pencapaian kerja. Masalah peribadi yang selalu bermula dari diri sendiri, adakalanya membuatkan seseorang itu hilang fokus dan lupa, tentang tujuan dan objektif mereka bekerja.


Saya pernah didatangi oleh seorang yang mengadu tentang masalahnya yang bersifat peribadi. Setelah mendengarnya, saya kira, teman saya itu sendirilah yang harus menentukan hala tuju hidupnya.


Beliau tidak boleh datang kerja semata-mata untuk mengambil gaji. Walhal, urusan kerja tidak selesai. Selalu ambil cuti dan sesuka hati ke tempat kerja. Ini bukanlah sesuatu yang baik! Itu sudah kira sebagai masalah disiplin!


Saya secara peribadi searing menasihatkan rakan yang mempunyai masalah peribadi untuk menyelesaikannya. Jika tidak, janganlah pula menyebabkan orang sekeliling menjadi lebih susah dengan keadaan kita.


Mungkin saya tidak dapat menyelami masalah orang lain. Tetapi, saya pasti yang tidak senarusnya kita menyebabkan orang lain bertambah susah dengan kehadiran kita yang bermasalah. Saya pasti, setiap masalah akan ada jalan penyelesaiannya.


Terpulang pada kita, bagaimana mahu memilih jalannya. Allah itu akan sentiasa bersama hambanya, bukan? Jadi, semaklah semula bagaimana hubungan kita dengan Allah.


Jika kita sebagai hamba masih dan terus marah dengan ALLAH, solat tetapi tidak menghayatinya. Lalu bagaimanakah kita mahu mendapat rahmatnya?


Ya Allah, ampunilah kami...

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...