Skip to main content

Rancangan 99:1

Saya ada menyebut beberapa kali kepada rakan dan taulan.

Saya ada banyak cita-cita dalam hidup yang ingin saya capai. Saya juga ada banyak rancangan dan 'plan' untuk masa akan datang.

Ada 'short-term plan' dan 'long term plan'. Ada '5-years plan' dan
ada '10-years plan'.

Penuh yakin, saya pasti tidak akan ke mana-mana tanpa perancangan masa depan yang baik. Bahkan dengan perancangan pun, tak semua dalam tangan saya. Yang pasti berjaya atau tidak mesti diingat...99% kita boleh usahakan, tapi 1% merupakan milik ALLAH yang dia saja berhak dan berkuasa menentukan berjaya atau tidak rancangan dan 'plan' manusia.

Jadi bercakap tentang ini, saya ada bertemu rakan dan juga ahli keluarga sendiri yang agak sukar untuk dijelaskan tentang perkara ini.

Dalam hidup ini, banyak yang kita cuba usahakan dan pastinya kita mengharapkan kejayaan. Yang pasti...ALLAh itu sebaik-baik perancang dan rancanganNYA jualah yang akan mengatasi segala.

Lupakanlah keluh kesah andai kata gagal dalam menjalankan apa yang dirancang. Andai apa yang diharap tak kesampaian, dan apa yang diusahakan adakalanya gagal. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya.

Malah, ALLAH pasti akan bersama dengan mereka yang sabar, terus berusaha dan terus bergantung harap padaNYA.

Dengan mengingati ini, saya amat berharap dan sentiasa berdoa agar kefahaman dan kesabaran dalam melewati hidup dengan memahami banyak konsep kehambaan dapat membantu kita memasuki salah satu pintu syurga.

AMIN.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...