Skip to main content

Resah Hati dan Keinginan Jiwa

Salam.

Buat kesekian kalinya, saya rasa bersyukur dan amat bertuah kerana dikurniakan apa yang baik buat saya. Keluarga, kerjaya, dan rakan yang memahami adalah antara yang boleh saya sebut.

Kali ini, saya ingin menyorot kembali masa-masa sukar dan apabila hati kita resah. Pernah terfikir mengapa ada masa kita resah memikirkan sesuatu yang kita sendiri pasti tidak dapat menyelesaikannya?

Sebagai contoh, hati resah memikirkan senario pembantu rumah yang lari dan meninggalkan anak-anak dirumah apabila majikan pergi bekerja.

Atau...kisah kematian dan kemalangan bayi dan anak kecil di pusat asuhan kanak-kanak (nursery).

Atau...apa kata jiran bila mengetahui anak kita tak sehebat mana dalam pelajaran walhal ibunya seorang guru!

Macam-macam resah yang timbul yang selalunya tiada pun tanda atau sejarah yang kita akan mengalami atau mungkin mengalaminya.

Memang, kita selalu kena beringat. Orang kata sediakan payung sebelum hujan...

Hakikatnya, siapalah kita untuk mengawal semua yang berlaku di dunia dan dalam hidup ini? Jadi , andai kata kita telah berusaha yang terbaik, tetapi itu sajalah hasilnya, saya yakin ALLAH itu maha adil lagi maha mengetahui tentang setiap sesuatu yang berlaku dan terjadi pada hambanya.

Jadi, biarlah apa jua yang manusia dan masyarakat katakan...yang mana baik dan ada betulnya, jadikanlah sebagai panduan dan pengajaran untuk berubah. Selebihnya, terimalah sebagai cabaran dan mehnah dalam kehidupan.

Setelah berusaha, kiranya hasilnya setakat itu...maka redhalah!

Janganlah kerana ingin memenuhi keinginan jiwa yang dibelenggu nikmat dunia, untuk diterima di mata manusia, sampai kita lupa akan hakikat bahawa kekuasaan MUTLAK atas segala sesuatu adalah milik ALLAH.

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Berkasih...

Bila terkenang waktu pertama kali berjumpa suami, tersenyum sendiri saya dibuatnya. Yalah, walau dulu cara kita bercinta tak sama dengan anak muda sekarang, saya rasa pada masa itu ramai juga rakan yang 'asyik' bercinta sakan. Mungkin, saya antara mereka yang agak naif dalam berkawan pada masa itu. Apa yang pasti, saya tidak melangkaui batasan yang sepatutnya. Malah kesilapan lalu tidak mahu lagi saya ulangi. Apa yang saya ingin dikongsikan ialah tentang "INDAHNYA BERKASIH" yang perlu wujud pada setiap masa dalam hidup bersama suami... Dalam masa susah dan sukar, ramai yang mudah lupa akan keindahan-keindahan yang telah kita ciptakan pada satu masa dulu. Ada kalanya, perlu juga kita mengulangi pengalaman 'berbulan madu' bersama suami. Pada ramai wanita yang hatinya sering tercalar dan dilukai oleh suami, ia bukanlah satu titik akhir untuk menamatkan kisah indah yang pernah tercipta. Pada wanita yang sedang berbahagia bersama suami, seringlah beringat untuk men...

Cabaran Syawal tahun ini: Satu pemerhatian peribadi.

Apa khabar semua? Semoga cuti yang panjang tidak menjadi penghalang kepada perkembangan positif dan perubahan yang baik. Wah, setelah ramadhan berlalu, syawal pula menjelma! Ramai dikalangan rakan usahawan runcit berkongsi pengalaman pahit manis semasa ramadhan dan syawal. Ada juga usahawan yang gembira dengan hasil jualan (terutama pengusaha makanan) dan ada juga keluhan kekurangan pelanggan yang membeli (terutama pengusaha pakaian). Selain itu, rakan niaga dalam industri perkhidmatan juga merungut akibat pelanggan yang lewat dan masih tidak menjelaskan bayaran perkhidmatan. Maklumlah, ramai pelanggan yang mula bercuti seawal 6 September yang lalu. Apa yang saya kira menarik tahun ini adalah pola pembelian yang berkait rapat dengan kuasa masyarakat sebagai pembeli serta kekukuhan ekonomi keluarga di dalam masayarakat. Rata-rata tahun ini ramai yang berbelanja secara sederhana dari segi perhiasan rumah, diri dan keluarga. Jika diperhatikan, ramai yang keluar mem...

Menyambung Ukhuwwah: Deposit Bank Sosial Anda!

Saya dengan lapang dada, mula memberikan peluang kedua bagi diri saya untuk menjalin semula hubungan ukhuwwah tanpa sebarang prasangka! **************** Assalamualaikum. Kepada semua rakan pembaca dan sesiapa yang secara sengaja atau tidak singgah di laman blog   saya ini. Pernah anda terfikir tentang dimana kawan-kawan lama dulu? Tidak kiralah semasa di sekolah rendah, sekolah menengah atau mungkin di universiti atau kolej tempat anda belajar. Saya secara jujur, pada awalnya tidak mahu menjalin hubungan semula dengan kawan-kawan lama. Maklumlah, saya rasa pengalaman dulu banyak yang kurang indah dan lebih banyak yang menyakitkan. Kenangan dibuli membuli, dimarah dan memarahi, kawan baik, kakak angkat, adik angkat, kenangan bersama di kelas dan asrama, banyak   yang tidak begitu indah untuk diingat, apatah lagi untuk dikenang. Ramai rakan dulu jauh lebih berjaya daripada saya. (mereka selalu berkata sebaliknya) Saya adalah antara yang mempunyai ramai anak dan agak be...