Skip to main content

IBU , KERJA DAN KELUARGA


Mencari keseimbangan dalam apa yang kita lakukan tidak sama bagi setiap individu.
Sama ada lelaki atau perempuan, masing-masing ada cabarannya.

Pada Mac tahun 2016, pertama kali saya menerima lantkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dalam sebuah syarikat yang dimiliki oleh ramai pemegang saham. Ada pemegang saham individu dan ada pemegang saham syarikat.

Pendek kata, inilah syarikat pertama yang saya terima lantikannya dengan saya TIDAK mempunyai kuasa majoriti sebagai pemegang saham di dalamnya. Cabaran dalam menjalankan tugas ini, adalah satu perkara yang dijangkakan.

Berbeza dengan tugas dengan ajwatan yang sama dengan kita mempunyai kuasa majoriti sebagai pemegang saham, syarikat ini memerlukan lebih banyak tenaga untuk diuruskan. Kelebihannya, kita mempunyai sokongan dan tidak menjalani kesukaran dalam bisnes bersendirian.

Bagi lelaki, cabaran mereka tidak sama dengan perempuan. cabaran kerja, satu hal. Cabaran tugas di rumah dan keluarga hal lain.

Lazimnya, bagi seorang wanita yang bergelar ibu, meskipun mereka bekerja, ahli keluarga tetap mengharapkan mereka untuk masak, mengemas, dan menjalankan tugas seperti biasa di rumah. Tugas sebagai seorang suri di sebuah rumah. Begitulah...

Bagi lelaki, dengan budaya dan cara mereka dididik pada zaman mereka, ada banyak perbezaan dengan cara mereka mengetuai keluarga di rumah. Seperti biasa, kita memegang falsafah untuk mengawal apa yang boleh kita kawal, iaitu diri sendiri.

Bagi kita sebagai wanita bergelar ibu dan suri, mencari keseimbangan dalam hal kerja dan 'leadership' di pejabat, ia tidak sama apabila kita berada di rumah. Antara kelebihan yang ketara ialah cara kita menjalan kerja, menyusun jadual dan berfikir dalam hal urusan keluarga dan rumah tangga.

Sebagai wanita bekerjaya, kita punya banyak kemahiran dan pengalaman berurusan dengan orang yang pelbagai di luar sana. Kemahiran ini, seharusnya memberikan kelebihan yang signifikan kepada pembangunan diri anak-anak dan keluarga di rumah.

Anak-anak yang melihat kita sebagai ibu yang pandau bertoleransi, bekerjasa, mengatur jadual, menyusun tugas, menyelesaikan kerja yang dimulakan serta keampuhan diri dalam menguruskan 'penat' dan 'lelah' membolehkan kita memberikan pengalaman hidup yang berbeza kepada anak-anak.

Apa juga yang orang kata, kita tidak dapat mengawalnya. Apa yang kita kata pada diri, keluarga dan perasaan kita itu, itulah yang dalam kawalan kita.

Orang kata, 'work and life balance'. Adakalanya, keseimbangan ini bukanlah 50-50 yang seperti kebiasaannya kita fikirkan. Dalam banyak situasi dan hal tertentu, kita perlu mendahulukan keluarga dan pada masa tertentu sebaliknya.

Dalam situasi saya sendiri, sepanjang Ramadhan tahun ini (yang masih berbaki seminggu sahaja lagi), saya terpaksa menolak semua jemputan jamuan berbuka puasa. Malah, keluarga saya langsung tidak keluar untuk berbuka di luar, emlainkan di rumah sahaja.

Ada situasi tertentu yang menyebabkan ini berlaku. Namun, anak-anak sudah dipersiapkan mentalnya, sejak 2 bulan sebelum Ramadhan tiba. Bagi keluarga besar yang saya ada, memberikan keseimbangan kepada keperluan bersama 6 orang anak-anak yang berusia 14 - 2 tahun itu, mempunyai keperluan khusus yang berbeza dengan keluarga lain.

Apa juga pilihan yang kita buat, ia merupakan antara perkara yang melibatkan kawalan ke atas perkara yang boleh kita kawal.

Saya yakin, semua perkara yang baik, akan mendapat ganjaran setimpal pasa setiap masa. Ramadhan, merupakan bonus, yang diberikan kepada kita dengan kebaikan-kebaikan, pengampunan dan kasih sayang yang berlipat ganda. Maka, benarlah semua janji Allah kepada hambanya.

Allah jua, yang Maha Mengetahui.


Noraminah Omar
4.55 pagi
Kajang.
.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...