Skip to main content

PEREMPUAN DAN JAWATAN

Kali ini, saya mahu menyorot tentang perempuan dan cabaran merka dalam kerjaya.
Masing-masing ada tugas dan tanggungjawab khusus dalam keluarga.
Mempunyai kerjaya, ia merupakan satu norma yang kini menjadi keperluan kepada kedudukan dan  status kewangan sesebuah keluarga.

Mempunyai anak yang ramai, ada banyak kisah di sebaliknya. Bagi perempuan, ada yang memang mengimpikannya, ada yang tidak. Ya, ada yang tidak menyangka ada perempuan yang tidak mahu ramai ada. Hakikatnya, ada yang begitu.

Sama ada membina keluarga, hidup sendirian, berkahwin atau tidak, ia merupakan rezeki yang sudah ditentukan bagi semua orang. Pun begitu, kita semua yakin bahawa, dengan usaha masa hadapan dan takdir kita boleh berubah. Selepas berusaha, kita bertawakkal. Begitulah.

Apabila perempuan, yang membesar dan dibesarkan dari pelbagai latar belakang, kita juga akan menemui dan berurusan dengan pelbagai personaliti perempuan yang bekerja.

Dalam dunia pengurusan bisnes, jantina juga sering dijadikan antara topik perbincangan. Namun, pada kebanyakan masa, cabaran yang datang bukan hanya kerana jantina, tetapi kerana situasi dan keperluan bisnes serta tugas itu sendiri.

Ada banyak pandangan dan sisi kisah tentang perempuan yang menyandang jawatan dalam syarikat dan organisasi di luar sana. Kita juga melihat kepelbagaian cara kerja, fikir dan bagaimana masing-masing membawa diri. Sama ada menyandang jawatan dalam sebuah kumpulan atau menjadi ketua kumpulan, semuanya melibatkan karakter dan keperibadian yang unik.

Memandangkan setiap manusia berbeza, setiap perempuan juga berbeza. Semua kemahiran yang diperluakn dalam bidang kerjaya dan jawatan yang mereka sandang, juga sentiasa berubah mengikut keperluan. Bagi ramai perempuan yang bekerjaya, mereka sentiasa perlu menambah kemahiran dan memperbaiki prestasi kerja pada setiap masa.

Cabaran ini sering menjadikan mereka tercabar dan ramai yang terus membina cabaran-cabaran baru untuk kekal 'competitive' di tempat kerja. Pada tulisan kali ini, mari kita lupakan sebentar tentang tugas dan tanggungjawab sebagai isteri, ibu atau anak perempuan di rumah.

BUKAN semua orang (perempuan) memiliki kekuatan dan kelebihan yang sama, Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan. Pada banyak ketika, saya melihat perempuan yang berjawatan, terutama mereka yang menjalankan bisnes sendiri, banyak dan perlu meluangkan masa menjalankan tugas supaya kerjanya dan sasaran serta KPI mereka dapat dicapai.

Tidak kira sama ada besar atau kecil tugas dan tanggungjawab yang digalas, perempuan-perempuan itu, tetap mempunyai tanggungjawab yang berat. Sama ada mereka suka dengan tugas dan kerja yang dilakukan atau tidak, ia masih melibatkan tekanan. Tekanan pula datang dengan kesedihan atau  kegembiraan. Tekanan BUKAn hanya datang dengan beban dan kesusahan, malah kegembiraan.

Unik begitu bukan?

Bagi perempuan terutamanya, menerima tugas dan tanggungjawab, ada yang mengambilnya sebagai cabaran. Ada yang suka dan gembira begitu. Suka dan gembira ini, menyebakan mereka mahu menjayakan tugas dengan cemerlang. Tanpa sedar, perempuan-perempuan itu bekerja dalam tekanan. Mereka gembira, tanpa sedar tertekan.

Ramai juga perempuan yang bekerjaya, tanpa sedar hidup dalam banyak situasi yang menekan. Sebagai orang luar, yang tidak berkongsi kehidupan dengan mereka, kita menyangka mereka memang orang yang mahu membina kerjaya, berjaya dengan cara begitu.

Hidup ini, tidak semudah itu. Rata-rata, sama ada lelaki atau perempuan, setiap individu akan mempunyai cabaran masing-masing.

Justeru, apa juga keputusan dan pilihan yang dibuat oleh setiap individu, kita bukanlah orang yang layak untuk menghukum. 'Being judgemental is not a way out.'


Noraminah Omar
7.40 pagi
9.6.2017
Kajang.

.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...