Skip to main content

IMPIAN dan REALITI HIDUP


Bermimpi itu percuma.


Teruskanlah berimpian. Impian itulah yang menjadikan kita hidup menjadi manusia. Ya. Semua orang punya impian. Sama ada ianya impian untuk diri, pasangan, keluarga dan masyarakat, ia meurpakan impian yang yang kita bina.

Setiap individu mempunyai impian masing-masing. Malah, impian kita mungkin berkajang-kajang banyaknya.

Dalam kehidupan, impian yang disusunkan dengan pelan tindakan, lebih mudah dicapai. Malah biasanya, impian ini menjadi antara faktor yang menyebabkan kita mempunyai 'the big why' dalam apa yang kita lakukan.

Pada masa yang sama, realiti merupakan satu situasi yang sering menjadikan impian itu terlaksana. Merealisasikan impian, itulah realitinya.

Pun begitu, dalam konteks kehidupan dan kerjaya, saya sendiri  sering melalui situasi untuk memilih. Memilih impian yang mana satu yang perlu dicapai dahulu. Pelan tindakan yang mana yang perlu saya jalankan dahulu, yang mana boleh dikemudiankan.

Pada masa yang sama, penilaian perlu seiring.
Apakah yang kita lakukan dalam kerjaya ini, mampu merealisasikan impian yang kita ada, atau terus membunuhnya?
Apakah ada impian yang perlu kita tangguhkan pada masa ini?
Apakah ada impian lain yang perlu kita dahulukan dan berikan prioritinya.
Apakah impian itu sebenarnya apa yang kita mahu atau perlu?
Apakah peluang yang ada untuk memastikan keperluan kerja dipenuhi dan pada masa yang sama impian kita dapat capai?

Adakalanya, apa yang kita lakukan dalam usaha bekerja dan menyara kehidupan, bukanlah apa yang kita impikan. Dalam situasi itu, kita mendahulukan keperluan semasa berbanding dengan impian yang kita ada.

Ya, sama ada sebagai bapa atau ibu yang bekerjaya, kita mempunyai tanggungjawab khusus dalam membangunkan situasi kewangan keluarga. Mahu atau tidak, kita akan memilih apa yang 'perlu' berbanding impian yang kita mahu bangunkan.

Perlahan-lahan, kita yakin, kita akan menemui jalan yang selari dengan keperluan realistik kehidupan kita dan keupayaan kita merealisasikan impian.

Mempunyai impian, adalah hak setiap daripada kita.
Merealisasikannya, merupakan pilihan yang kita ada.

Bagi ibu-bu yang bekerjaya, teruslah membina impian.
Teruskanlah berusaha memilih untuk merealisasikannya.
Andai ada impian yang masih belum terlaksana,
sukar untuk merealisasikannya
teruskan sahaja membina impian baru.

Allah memberikan kita, kekuatan yang tiada tolok bandingnya.
Maka, berusaha ialah apa yang kita boleh lakaukan dan dalam kawalan kita.
Allah jua yang maha mengetahui dan maha penyanyang.


Noraminah Omar
5.49 pagi
Kajang.

Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...