Skip to main content

URUSAN HIDUP sebagai MANUSIA

Mei 2015, saya selamat melahirkan anak perempuan, yang keenam dalam keluarga yang sudah besar. Ia merupakan pengalaman pertama, sepenuhnya melahirkan dan menjaga sendiri anak, tanpa bantuan ibu.

Maklumlah. Usia yang sudah mencecah 38 tahun pada masa itu, dengan sanya 5 orang anak lain, kami semua sudah boleh dikategorikan sebagai keluarga yang matang. Anak-anak sudah pandai membawa diri, paling tidak boleh mengurus diri dengan baik.

Selepas itu, saya kembali bekerja dengan menyandang tugas di bahagian pengurusan sumber manusia. Banyak pengalaman baru yanag ditimba sepanjang beberapa bulan, yang saya kira sudah cukup panjang.

Namun, masih banyak perkara yang saya mesti kuasai dan pelajari. Pada masa itu, menguruskan hal HR tidak sama seperti pengalaman yang saya ada. Apabila mengurus dalam kumpulan syarikat, ada banyak perbezaan latar belakang dan keperluan. Malah, ada situasi di mana staf yang bekerja itu juga merupakan pemegang saham dalam syarikat.

Semua ini, merupakan antara cabaran besar tugas saya semasa itu.

Pernah pada suatu hari, temujanji saya dengan salah seorang Pegawai Pengurusan Operasi yang baru sahaja ditukarkan ke bahagian Pemasaran. Beliau masuk ke pejabat agak lewat. Situasi ini sudah berlanjutan hingga dua minggu.

Pegawai berkenaan sedang mengandungkan anak ketiga. Kelihatan agak penat, pucat dan kurang bermaya. Ketua syarikat bahagian beliau bertugas, memberikan aduan tentang prestasi kerja dan tugasan yang lewat disiapkan.

“Puan sihat?”

“Baik. Cuma itulah….kali ini, saya agak lemah. Saya memang begitu dalam tempoh mengandung. Bulan Ramadhan ini, saya perlu tidur lebih. Itu sebabnya saya masuk lewat.”

"Begini, puan. Apakah kesihatan puan masih boleh membenarkan Puan bekerja seperti biasa?"

"Insyaallah, boleh. Cuma itulah, saya perlukan lebih rehat. Jadi, biasanya saya masuk sekitar jam 11 pagi hingga 4 petang."

"Ok, saya ambil nota. Bagaiman dengan tugasan operasi syarikat? Sudahkah penyerahan tugas dibuat?"

"Itulah, belum lagi…"

"Memandangkan Puan perlu mengetuai bahagian pemasaran, penyerahan tugas operasi mesti dipercepatkan. Ini boleh mengurangkan komitmen Puan dalam tempoh sukar orang mengandung. Baik, bila Puan boleh selesaikan. Apa tarikhnya?"

"Betul, Puan. Kalau macam itu, minggu depan, Isnin saya selesaikan."

"Baik. Puan kongsikan dengan bahagian HR maklumat bidang tugasnya. 
Hantar sahaja ke emal bahagian HR."

"Satu lagi, Puan. Saya mahu mohon cuti tanpa gaji sebulan, bolehkah? Saya ada perkara yang mesti diselesaikan."

"Boleh, asalkan 2 perkara ini selesai."

"Apa dia Puan?"

"Pertama, bahagian pengurusan atas luluskan permohonan cuti Puan.
 Kedua, penyerahan tugas operasi kepada pegawai ganti diselesaikan."

Situasi itu, sebenarnya agak biasa. Ia boleh berlaku, hatta dalam syarikat yang besar.

Pada waktu itu, saya hanya fokus kepada aplikasi perkara teknikal yang saya tahu.
Apabila bercakap dengan individu dari bahagian pengurusan, fokus kepada objektif penyelesaian secara ringkas.

+ tidak perlu menyiasat dengan bertanya; kenapa, apa sebab,
+ tidak perlu komen atau membandingkan situasi diri sendiri atau orang lain dengan individu yang dibawa bercakap
+ tidak perlu ‘mencece’, membebel

Fokus terus kepada:

+ Bertanya untuk mengambil berat tentang situasi individu berkenaan.
+ memberikan saranan atau jalan ‘apa yang mesti dilakukan’
+ terangkan manfaat
+ berikan ‘tarikh akhir’
+ nyatakan sisi maklumbalas positif  dengan perkataan seperti; Baik. OK. Boleh. Tiada masalah.


Adakalanya, apabila melihat situasi begini, kita akan mula teringat akan situasi sendiri. Ya, situasi diri sendiri yang pernah mengalaminya. Meskipun ia menjadikan kita punya 'rasa kasihan', dalam menguruskan pekerjaan, ada SOP dan pematuhan yang perlu diikuti.

Malah, dalam banyak syarikat, ada KPI dan sasaran khusus yang mesti dicapai. Situasi HR seperti ini, menjadi penting untuk diselesaikan supaya semua kerja-kerja dan perjalanan syarikat menjadi lancar.

Ya. Pengalaman kita berbeza.
Namun, semunya masih tentang kita.
Tentang manusia.


.
Noraminah Omar
Kajang
8.40 malam
5 Jun 2017.





Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...