Skip to main content

MENERUSKAN PERJALANAN

Tahun ini, 2017. Masuk tahun keempat saya bekerja dalam kumpulan syarikat ABS.

Tahun 2013, Julai, saya mula bekerja separuh masa, dengan menjalankan projek kecil bersama Puan Suhaili. Puan Suhaili, adalah antara rakan kongsi ABS yang pertama, yang saya kenali pada tahun itu.

Hari ini, di tempat kerja, satu perjumpaan khas diadakan dalam kumpulan syarikat. Perjumpaan dan mesyuarat, merupakan antara budaya penting dalam bisnes syarikat ABS. Ini juga bukanlah satu perkara baru. Namun, cara pengurusan, dan kandungan serta penyusunan 'follow up' kerja itu, merupakan pengalaman baru bagi saya.

Pada kebanyakan masa, saya akan menulis --DIARI Intrapenuer - di laman blog rasmi saya, www.noraminahomar.com. Tuan dan Puan boleh membacanya di sana.

Dalam sesi itu, saya diingatkan semula oleh Tuan Firdaus Jailan, tentang kelebihan dan adanya keperluan untuk semua yang hadir, mempunyai laman blog dengan platform blogspot. Waktu itu, saya sudah terbayang beberapa blogspot yang ada.

Sampai sahaja di rumah, selepas mengemas ruang dapur untuk persediaan berbuka puasa, (hari ini 10 Ramadhan), saya terus membuka laptop. www.noraminahomar.blogspot.com. Maka, laman inilah yang saya kemas kini.

Kebanyakan blogspot yang saya ada, banyak berisi dengan kandungan yang pelbagai.
Bermula 10 Ramadhan ini, saya akan mula mengisi semula blog ini dengan kandungan yang tersendiri.

www.noraminahomar.com --- blog menulis tentang kerja, diri dan manusia.
www.noraminahomar.blogspot.com --- blog menulis tentang aktiviti saya dalam kerja dan keluarga.

Tulisan ini adalah pembuka bicara.
Posting seterusnya, saya akan susunkan dengan kandungan tertentu.


Sejujurnya, saya juga manusia biasa.
Saya, seorang anak, kakak, adik, isteri dan ibu.

Ibu kepada 6 orang anak.
Pada masa yang sama menggalas tugas bekerja.
Bekerja dalam kumpulan, bersama syarikat dengan wawasan.

Allah juga yang memberikan kekuatan.
Allah juga yang maha mengasihani lagi maha penyayang.
.

.
Noraminah Omar
10 Ramadhan 1438.
5.6.2017
6.04 petang
Kajang.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

MENDAFTAR BISNES DENGAN LESEN ENTERPRISE - Bahagian 2

Selepas kita sudah bersedia dengan bisnes yang mahu dijalankan, bolehlah kita mendaftarkan lesen perniagaan untuk tujuan itu. Ya. Memulakan bisnes dengan lesen enterprise boleh menjadi platform pertama untuk bermula dengan mudah dan lebih cepat. Antara cara mengurus risiko penting memulakan bisnes dengan lesen enterprise ialah: 1. Bisnes yang kita mulakan mestilah tanpa memerlukan sebarang pinjaman. 2. Bisnes yang kita mulakan tidak melibatkan partnership atau perkongsian modal. Sekiranya ada, mestilah disediakan dengan perjanjian persetujuan status modal dan partnership. Sekiranya pertama kali, dan masih tidak pasti, buatlah lesen sebagai pemilik tunggal dahulu. MANDAFTARKAN LESEN BISNES - Enterprise Maklumat dan cara teknikal bagi mendaftarkan bisnes dengan lesen enterprise dengan mudah dapat difahami apabila kita melayari www.ssm.com.my Bagi pendaftaran, boleh dilakukan secara online atau offline. Sekiranya online perlu masuk ke www.ezbiz.ssm.com.my Perlu daftar...

Menulis di Blog: Perlu berniat juga?

Seusai menyelesaikan rutin harian menghantar anak-anak ke destinasi harian, saya mula rasa tidak tenteram. Oh, ada lagi perkara yang saya belum tuliskan! Menerima kunjungan dan meraikan rakan yang singgah di blog tulisan ini seumpama meraikan kunjungan mereka ke rumah juga. Mesti mahu diraikan. Saya kira, saudara juga akan berasa senang jika kunjungan saudara disambut mesra, bukan? Saya dikunjungi oleh beberapa rakan sekerja dalam dunia yang sama, sebagai seorang yang perlu menguruskan entiti perniagaan yang penuh dengan rutin organisasi bersama manusia untuk manusia. Bagaimana mahu mempunyai masa untuk menulis di blog? Lagipun, pada pandangan mereka tidaklah memberikan pulangan sehebat menjalankan perniagaan dengan operasi harian yang agak lumayan. Tambahan pula, ada sesetengah blog yang ditulis, tidaklah seramai mana 'follower' yang ada. Bagi saya secara peribadi, menulis blog memberi banyak erti. Ia banyak bergantung kapad apa yang ada di dalam minda penulis berkenaan...