Skip to main content

MEDIA SOSIAL dan KEHIDUPAN


Minggu ini, minggu pertama selepas cuti yang panjang.

Seperti biasa, kita akan bergelumang semula dengan rutin kerja dan jadual harian. Sekiranya tidak ada rutin pejabat, paling tidak rutin di rumah, sudah tentu perlu diteruskan juga.

Apabila kita melihat semula keadaan semasa, kita memang perlu banyak berusaha. Bertawakkal dan banyak berdoa.

Dalam apa juga yang kita lakukan, sama ada kita ini lelaki atau perempuan, apabila kita percaya bahawa Allah itu satu, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, maka kita punya tanggungjawab yang sama.

Ada rukun iman dan rukun islam yang mesti dipenuhi. Sebagai orang Islam, kita beruntung apabila adanya yang dipanggil 'fardhu kifayah'. Dengan itu, dalam keluarga, masyarakat dan negara kita, tidak akan ada yang ketinggalan.

Pun begitu, bagi orang yang bekerjaya sama ada dalam bisnesnya atau syarikat bisnes bersama, hal-hal bercerita tentang amalan dan hal agama, kita tidak ketengahkan. Bagi ramai di antara kita, kita mahu membahagikan tugas menyampaikan ilmu atau berkongsi dengan baik. Ini terutamanya, di media sosial.

Maka, apabila mereka bercerita tentang bisnes, jarang sekali mereka bercerita tentang hal amalan dan agama. Jika ada sekalipun, ia diselang-selikan dan diselitkan dalam posting berbeza.

Secara jujurnya, kita yakin bahawa apabila seorang itu beragama Islam, beliau akan beramal dengan agamanya. Bermakna, setiap seorang yang menganut agama itu, akan mengamalkan apa yang wajib baginya.

Namun, hakikatnya, banyak penampilan di media sosial adalah menjadi pilihan individu. Cara dan apa yang dipilih untuk dikongsi dan diketengahkan sebagai topik siaran, merupakan pilihan masing-masing.

Kita juga sedia maklum, platform media sosial kita makin berubah. Fungsinya yang dahulu hanya untuk mencari kawan lama,  berhubung dengan dunia, atau apa sahaja yang asasnya untuk bersosial, kini sudah berubah.

Banyak platfom media sosial, sudah menjadi medium saluran berita dan maklumat, mengekalkan hubungan antara pelanggan dan menjadi satu platform menjana sumber pendapatan yang signifikan.

Bagi institusi dan badan-badan yang mempunyai keperluan khusus, mereka dapat menyampaikan maklumat dan menerima maklumat yang membolehkan mereka menjalankan fungsi kerja dengan lebih baik.

Dalam hal pengurusan, pendedahan maklumat diri di media sosial pula, masing-masing memainkan peranan. Terpulang kepada setiap individu untuk memilih yang mana satu untuk diketengahkan dan di'highlight'kan.

Apabila kita menjadi sebahagian daripada kumpulan manusia yang sentiasa menyatakan kebenaran, kita akan tahu bilakah masanya untuk memperjuangkannya.

Apabila kita menjadi sebahagian daripada kumpulan manusia yang sentiasa bangga dan hormat dengan bahasa dan budaya yang kita ada, kita akan kekal dengan jati diri sebagai anak Malaysia.
Kita kekal dengan keyakinan dan amalan kita sebagai orang Islam.

Lalu, berada di media sosial memerlukan kita menjadi lebih bijak setiap hari. Memastikan rutin dan perjalanan hidup kita selesa, gembira dan harmoni adalah antara perkara yang makin mencabar.

Pun begitu, keperluan memilih kawan dan dengan siapa komunikasi kita lakukan, secara langsung membentuk penampilan kita di media sosial.

Bagi mereka yang seangkatan dengan saya, minat dan keinginan menulis dan berkongsi kisah hidup, menjadikan platform media sosial sebagai satu yang tidak lagi dapat dipisahkan.

Saya yakin, sama ada sebagai ibu atau bapa, bekerjaya atau tidak, kita semua sudah masuk dalam satu era, di mana media sosial sudah menjadi sebahagian daripada keperluan.

Sesungguhnya, Allah jugalah yang memberikan kita kekuatan.
Dia maha pengasih lagi maha penyayang.

Selamat berjuang!

Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...