Skip to main content

Dunia Perniagaan: Yang saya lihat...

Baru- baru ini banyak kisah mengenai perniagaan dan penipuan dipaparkan di dada akhbar tempatan. Dari kisah penipuan wang, salah guna kuasa dan banyak lagi. Sesekali, terfikir juga, bukankah berniaga itu 9/10 dari punca rezeki? Mengapa pula lain jadinya?

Dunia perniagaan tidak semudah yang disangka. Meskipun hanya mahu menjual nasi lemak di tepi jalan, tidak senang untuk melakukannya. Kadangkala, saya sendiri kagum dengan kebolehan mereka berniaga sebegitu. Ada yang kata, merekalah jutawan senyap!

Kali ini, saya hanya mahu bercerita tentang sedikit pengalaman berniaga yang saya mulakan bukan dengan niat untuk kaya pada asalnya. Ia hanyalah semata-mata sudah tertulis dalam 'buku pencapaian dalam hidup' yang saya ciptakan untuk diri saya dan untuk saya capai.

Salah satu yang tertulis adalah untuk mempunyai perniagaan sendiri apabila telah bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun. Pada masa itu, saya menumpukan minat dan kemahiran dalam bidang pendidikan, mengajar dan membimbing.

Apabila peluang ada, saya tidak melepaskannya. Namun, pada masa itu, kementahan saya dalam bidang pengurusan perniagaan menyebabkan saya berazam untuk menjadi yang terbaik setelah melalui beberapa tahun pengalaman bekerja dengan majikan.

Maka dengan izin Allah, terjunlah saya, dalam dunia perniagaan yang amat baru untuk saya menguruskannya.

Meskipun saya mempunyai kemahiran untuk menjalankan sistem dan operasi perniagaan (dengan mengambil program dibawah lesen), saya tidak mahir dalam bidang kewangan. Mengawal kewangan yang sedikit, memberi sedikit pengalaman. Apabila ia bertambah, maka saya sudah agak tidak terurus. Pada tahun pertama, saya banyak belajar dari akauntan yang baik hati dan telah memberi banyak tunjuk ajar dengan percuma.

Dunia perniagaan sebenar tidak dapat lari dari masalah kelemahan diri kita sebagai manusia. Saya yang agak baru, nampaknya mudah benar berasa kasihan dan mudah dipujuk. Saya pula sifatnya cepat tersentuh dan sedih tanpa sukar, terus mengalir air mata.

Banyak kali juga saya bertemu mereka yang menggunaan kelemahan saya itu untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Ini termasuklah mendapatkan diskaun, menjual barang mereka kepada saya dan mendapatkan saya untuk melakukan banyak perkara untuk mereka secara percuma!

Setelah masuk tahun ketiga dalam perniagaan dan dengan peluang menemui ramai rakan niaga yang lain, saya mula belajar untuk menjadi lebih tegas dan pada masa yang sama bertimbangrasa dalam keadaan yang wajar. Malah, kini saya sudah mempunyai rakan yang sudi menasihatkan saya dalam pelbagai bidang termasuk kewangan, undang-undang dan asas perniagaan.

Bidang perniagaan tidak semudah yang disangka. Apatah lagi sekiranya, kita ada niat untuk menolong orang. Untuk menolong orang, lebih mudah melakukannya, jika kita kaya. Tetapi, kaya pula banyak mengundang bahaya.

Adakalanya, saya amat takut untuk meneruskan perniagaan sedia ada. Saya kira lebih baik jika saya hanya bekerja makan gaji. Namun, melihat sekumpulan pelanggan (yang agak besar jumlahnya) dan rasa tanggungjawab kepada pekerja yang amat berdedikasi, saya masih meneruskan dengan semangat dan kudrat yang ada.

Semoga, dengan niat dan usaha saya memudahkan urusan orang lain, tidak akan menyebabkan saya menjadi penyekat kepada kejayaan orang lain.

Allah sajalah yang maha memahami, saya kini menjadi lebih serius dalam menjalankan perniagaan meskipun dengan kawan dan ahli keluarga sendiri.

Kerana wang yang pegang dan jaga ini, adalah amanah besar yang perlu saya usahakan dengan baik dan jaya!

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya: "Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?" Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!" Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya. Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan: PERTAMA: Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah. Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat. Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita ...