Skip to main content

Pengalaman hidup, pengajaran diri.


Hidup memerlukan pengalaman untuk menjadikannya bermakna. Pengalaman membesar dalam sebuah keluarga adalah juga satu pembelajaran yang unik. Pengalaman bertemu dengan rakan, guru dan orang asing menjadikan seseorang itu mempunyai perwatakan berbeza walaupun dibesarkan di dalam keluarga yang sama.

Semasa saya menulis catatan ini, saya dihubungi oleh seorang ibu muda yang berkahwin dengan pasangannya yang mempunyai perbezaan umur yang amat ketara. Oh, samalah seperti saya juga! Saya senyum ketika itu.

Sebenarnya perbezaan umur bukanlah isunya. Perbezaan keperibadian juga bukan. Beza pendapat dan sikap juga bukan. Bukankah yang berbeza itu menyebabkan tertariknya diri pada si dia? Ahem!

Meneliti kandungan perbicaraan beliau bersama saya (di alam maya) meyebabkan saya bertambah insaf. Insaf tentang diri, insaf tentang kehidupan. Ada beberapa perkara yang saya selami yang saya mahu kongsikan.



1. Belajarlah menjadi sebijak Siti Khadijah.

Ya, benar. Saya sangat kagun dengan kejayaan Saidatina Siti Khadijah dan agak sukar untuk membayangkan betapa beliau boleh bertindak, membuat keputusan dan berkelakuan sebijak itu.

Mestilah. Pada kadar perbezaan umurnya dengan Rasulullah,  Saidatina Siti Khadijah amat bijak melayani situasi yang berbeza. Ada masa dan ketika, Rasulullah adalah sebagai suaminya. Pada ketika yang lain, suaminya adalah pekerjanya. Kemudian pula suaminya adalah pengurus perniagaannya. 

Saya yakin jika diterjemahkan dalam bahasa kini, suami kepada isteri di rumah, manakala sebagai pekerja di pejabat, perlu pula melapor diri kepada isteri sebagai majikan.

Masyaallah! Betapa ingin saya menjadi wanita hebat seperti Saidatina Khadijah.

2. Emosi diri, kekuatan diri.

Memang wanita amat dikenali dengan sifat emosional dan cepat sedih. Jika menonton rancangan TV, penonton wanitalah yang akan mengalirkan air mata terlebih dahulu. Namun, itu bukan isunya.

Kekuatan emosi seorang wanita banyak memnberikan kesan kepada pencapaiannya juga.
Rata-rata rakan yang saya temui, yang berjaya dalam dunia pilihan mereka, sama ada berkerjaya atau tidak, adalah mereka yang mempunyai daya tahan emosi yang tinggi.

Tahan dengan karenah pekerjaan. Tahan dengan politik kerja. Tahan dengan kekangan masa. Tahan juga dengan kata-kata saudara mara.

Yang pasti, emosi mereka yang sentiasa dalam kawalan menjadikan mereka dapat mengawal pelbagai keadaan dengan baik.

3. Apa yang berlaku disekeliling, adalah bermula dengan tingkah laku kita sendiri.

Senyum. Pasti ada yang senyum semula pada anda.
Berikan salam. Pasti ada yang akan menyambutnya.

Begitulah. Mereka yang positif pasti akan menerima semula alunan daya positif itu. Adakalanya ia akan sedikit menyakitkan. 

Apa pun, apa yang saya lakukan akan menghasilkan reaksi yang saya perolehi. Jika reaksinya negatif, maka saya harus ubah. Jika reaksinya positif, maka saya harus akan meneruskan dan menjadikannya lebih baik.

Jadi, teruskan dengan permulaan yang baik untuk tahun 2013 ini.

Insyaallah, saya yakin dengan pengalaman saya bahawa mereka yang mempunyai kesedaran akan mampu menguasai keadaan.

Selamat maju jaya!

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya: "Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?" Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!" Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya. Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan: PERTAMA: Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah. Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat. Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita ...