Skip to main content

Menjalani kehidupan yang bukan milik kita!

"Aku kerja cuma untuk beli apa yang aku nak!"

Agak sukar untuk saya menerima pernyataan ini, walaupun ia datang dari seorang graduan yang tidak mempunyai banyak komitmen kewangan pada masa ini.

Ramai juga rupanya anak muda diluar sana yang masih bertuah mempunyai keluarga yang terus menyokong dan mendorong mereka untuk membuat pilihan hidup sendiri. Malah, selepas bekerja, mereka masih sudi untuk menerima anda tinggal bersama mereka.

Saya yakin, ramai juga ibu bapa di luar sana yang amat memahami betapa sukarnya anak muda zaman ini untuk meneruskan hidup tanpa sokongan berterusan dari ibu bapa dan keluarga.

Cuba anda banyangkan. Tamat sahaja pengajian, gaji minima yang anda mungkin dapat hanyalah diantara RM1200-1500 tanpa pengalaman.

Jika dikira dengan kos sara hidup dibandar termasuk sewa rumah atau bilik, bil elektrik, bil air, bil telefon bimbit, keperluan diri termasuklah pakaian, kos perjalanan ke temat kerja dalam sebulan dan kos makan harian, paling tidak anda hanya akan dapat menyimpan RM300-500 sahaja sebulan.

Ini bergantung juga dengan cara dan pilihan anda dalam membeli dan mengatur perbelanjaan. Jika anda masih perlu membayar hutang PTPTN atau yang seumpama dengannya, saya kira anda boleh congak sendiri.

Pun begitu, cabaran ini sebenarnya dirasai oleh hampir keseluruhan mereka yang baru saja tamat belajar. Ada yang bertuah sekiranya tinggal bersama keluarga. Tidak perlulah memikirkan untuk membayar sewa rumah dan bil tertentu.

Baru-baru ini pula saya bertemu seorang belia yang sudah bekerja dan tinggal bersama keluarga, mengeluh dengan berat sekali. Katanya, kesal kerana terpaksa banyak terlibat dalam kerja rumah dan mahu saja tinggal menyewa bersama rakan sekerja yang lain.

Oleh kerana agak tertekan dengan keadaan di rumah, beliau lebih suka berada ditempat kerja. Jika ada sebarang tugas hari sabtu atau lebih masa, dialah orang yang pertama akan tampil. Tak sanggup untuk berada dirumah terlalu lama katanya.

Saya tidak pasti bagaimana perasaan mereka sebenarnya. Apabila mendapat kemudahan tinggal bersama keluarga, tidak pula measainya sebagai satu kelebihan. Ramai yang terpaksa tinggal menyewa dengan kadar yang mahal, terasa benar bebanannya.

Nampaknya, kita semua hanya menjalani kehidupan yang bukan milik kita.

Namun, bukankah itu hakikat kehidupan sebenar? Hidup yang kita tidak pasti bagaimana sudahnya. Sukar yang kita hadapi mungkin sesuatu yang indah dimata orang lain. Indah di mata kita, sukar pula bagi yang lain.

Hidup yang sukar semasa menjadi pelajar, tidak bermakna ia akan tamat sejurus selepas anda tamat belajar. Kesukaran dalam hiduplah yang menjadikan kita mampu untuk menjadi manusia dengan jati diri yang sebenar.

Bukankah sering dikatakan, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. percayalah, tempat sebenar untuk kesenangan adalah dikehidupan yang abadi di akhirat kelak.

Jadi, hidup yang sekarang ini bukanlah milik  kita!

Bagi mereka yang sedang bergelut dengan profesion kerjaya pertama, jangan mengalah dengan masalah yang hanya bersifat sementara. Rancanglah dengan apa yang ada.

Semoga dengan itu, lebih banyak perkara baik dan mulia akan dapat kita lakukan untuk menjana rezeki yang membawa lebih kepada keberkatan.

Jika sekarang bukan masanya, masanya akan tiba. Allah yang menentukan dengan usaha yang kita rancang.

Jalanilah kehidupan yang bukan milik kita dengan penuh bermakna.

Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...