Skip to main content

CERITA: Ada masanya anda perlu tahu.

Satu ketika saya pernah diceritakan, tentang bagaimana seorang ibu begitu menyayangi anak lelakinya.
Saya juga pernah diceritakan bagaimana kasih seorang suami yang menjaga isterinya hingga ke akhir hayat.
Saya juga pernah diceritakan tentang bagaimana  kasihnya seorang ibu monyet menyelamatkan anaknya.

Saya dengar banyak cerita!

Namun, sesetengah cerita hanyalah satu hikayat. Hikayat sebagai halwa telinga dan sebagai pengubat. Saya percaya, masih banyak cerita yang boleh membawa hikmat, bukan sekadar hikayat.

Hikayat hanyalah untuk hiburan. Ada juga yang memberikan maklumat, tetapi banyak hikayat yang hanya berfungsi sebagai pengisi kekosongan dan memberi kelegaan bagi emosi dan perasaan. Cerita sebegini, dapat memberikan kelegaan kepda minda dan tubuh badan yang penat berfikir.

Sebaliknya, scerita dengan hikmah memberikan makna dalam hidup. Banyak pengajaran yang boleh diambil dan diadaptasikan dalam amalan harian. Cerita yang berhikmah, sentiasa mengajak manusia berfikir.

Cerita yang membawa hikmat memberikan nikmat berpanjangan. Nikmat yang dirasai bukan sementara, tetapi memberi kesan yang lama. Kesan ini, tempiasnya akan dirasai oleh setiap yang berada disekelilingnya.


Jadi , dengarlah cerita yang membawa hikmah. Cerita yang diberitakan perlu ditapis, bukan hanya pada pendengaran semata-mata. Perlu juga ditapis untuk menentukan tahap dan peratus penerimaannya.

Dengarlah cerita hikayat, dan raikanlah ia sebagai penyeri suasana dalam hidup manusia yang tidak lama.

Hikayat bukan satu rujukan mutlak. Ia boleh memberikan akibat yang buruk, jika terlalu diambil berat.

Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...