Skip to main content

TIP KEJAYAAN 2: Sentiasa Mahu Membaca

Anda ingat bila kali pertama anda boleh membaca?
Bagaimana anda boleh membaca?
Sekarang, apa yang anda baca?

Anda adalah apa yang anda baca! Benarkah begitu?

Saya secara peribadi mula belajar mengenal A, B, C pada usia 7 tahun apabila memasuki darjah satu. Zaman itu, bukanlah menjadi satu kebiasaan untuk tidak menghantar anak ke tadika. Tetapi entah bagaimana, ibu bapa saya tidak pula mahu menghantar saya. Agak pelik, tetapi ia memberikan kesan pembelajaran yang unik bagi saya.

Pertama kali mengenal erti 'membaca' saya amat menghargainya dan amat meminati buku, kerana ia sesuatu yang 'pelik' bagi saya pada masa itu.

Secara ringkasnya, pengalaman membaca yang anda ada mungkin jauh berbeza dengan pengalaman yang saya pernah lalui.

Setelah pandai membaca dan bijak pula untuk mentafsir, seseorang sudah mula pandai memilih genre dan bentuk bahan bacaan pilihannya. Pada waktu seseorang itu menjadi pelajar, mereka mungkin hanya tertakluk kepada banyak bahan bacaan ilmiah untuk tujuan pembelajaran yang khusus. Tetapi, sudah pasti mereka juga mempunya citarasa sendiri apabila memilih bahan bacaan lain.

Bahan bacaan lain termasuklah bahan bacaan yang bersifat ilmiah, keagaamaan, santai dan bermotivasi. Ia pula mungkin  terdiri dari pelbagai bahasa yang selesa untuk dibaca oleh indvidu tersebut.

Kini, bahan bacaan tidak terhad kepada bahan bercetak semata-mata. Pelbagai tulisan dan artikel yang bermanfaat termuat di dalam banyak laman sesawang dan juga pelbagai media sosial internet.

Jadi, kelebihan untuk berjaya selalu menyebelahi mereka yang mempunyai minat membaca yang tinggi.
Minat ini pula akan membina minda individu tersebut bergantung kepada bahan yang dipilihnya.

Sekiranya bahan bacaan bersifat santai dan ringan semata-mata yang menjadi pilihan bacaan utama, maka minda pembacanya juga akan terarah kesitu. Begitu juga sebaliknya.

Jika anda seorang yang berminat bidang psikologi dan motivasi, kebiasaannnya anda akan mempunyai banyak pengalaman membaca bahan seumpama itu.

Jika anda seorang yang bagus dalam bidang kewangan, anda sebenarnya mempunyai kecenderungan untuk membaca bahan yang bersifat ekonomi, perniagaan dan apa juga yang melibatkan wang.

Bahkan, jika anda seorang yang suka memasak, anda pasti akan membaca banyak bahan yang melibatkan resepi, bahan masakan dan kesihatan!

Memang tidak dapat dinafikan bukan? Mereka yang berjaya, adalah mereka yang banyak membaca. Jadi, sejauh mana kejayaan anda itu, ia amat bergantung kepada berapa banyak capaian minda anda terhadap kepelbagaian bahan yang anda baca itu.

Jadi, banyakkanlah membaca untuk berjaya. Ia perlu sentiasa dan berterusan!

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...