Skip to main content

TIP KEJAYAAN 1: Sentiasa Mahu Belajar

Pengalaman pembelajaran secara formal bagi kebanyakan kita bermula seawal usia 4 tahun lagi. Malah dunia kini menyaksikan anak seusia 2 tahun sudah diberikan pendedahan pembelajaran formal.

Pada kebanyakan masa, belajar hanya dikaitkan dengan pembelajaran formal yang melibatkan buku dan kerja rumah semata-mata.

Tujuan utama dalah untuk mendapat keputusan cemerlang dengan segulung sijil di tangan. Selepas itu, menyandang jawatan di syarikat besar.Terbayangkah anda apa yang bakal dihadapi oleh anak-anak kita dalam bidang pembelajaran 5 tahun akan datang?

Adakalanya, situasi ini agak menggerunkan untuk difikirkan bukan?

Meneliti semula pengalaman peribadi yang telah melalui pengalaman pembelajaran formal seawal usia 7 tahun, saya yakin masih banyak lagi pelajaran dan cabang ilmu yang belum dapat diteroka.

Pembelajaran formal bukanlah segala-galanya, tetapi ia memberikan ruang kepada minda kita untuk diasah dan diajar untuk dibentul agar boleh diajar dan mampu menerima pembelajaran baru. Menarik bukan?

Ramai orang yang telah berjaya mencipta nama dalam bidang masing-masing hasil daripada usaha pembelajaran yang berterusan.

Ia tidak hanya berkisar dalam sebuah kelas atau dewan kuliah semata-mata. Pembelajaran bernilai dilalui apabila seseorang itu menjalani kehidupan sebenar di dunia yang mencabar ini.

Jadi, siapa kata kita tidak lagi belajar?

Bahkan setiap saat, akan ada pembelajaran yang berlaku dalam setiap hidup manusia. Maka, belajarlah dari apa yang kita lihat, dengar, hidu, sentuh dan rasa.

Belajarlah dengan baik untuk mengetahui apa yang perlu kita lihat, dengar, hidu, sentuh dan rasa.

Belajarlah untuk berfikir dengan apa yang ada dihadapan kita.

Belajarlah untuk menelah apa yang bakal berlaku dengan setiap perkara yang terjadi.

Belajarlah untuk merancang dengan baik berdasarkan apa yang kita ada.

Belajarlah untuk hidup, bukan untuk lulus ujian.

Dunia ini adalah sebuah 'universiti' pembelajaran buat selama-lamanya. Hanya di akhirat nanti, akan menjadi tempat untuk menentukan 'gred' dan tahap graduan mana yang akan kita sandang.

Kejayaan adalah milik mereka yang sentiasa mahu tahu, terbuka untuk belajar dan tidak pernah puas untuk tahu!

Salam KEJAYAAN.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...