Skip to main content

Benar, ia amat pahit!

"Aliyah, mari makan ubat sayang."
"Tak nak! Tak nak!" jerit si kecil sambil berlari keluar ruang tamu.

Senario biasa kebanyakan ibu apabila cuba memujuk si kecil untuk minum ubat. Maka pada masa itu, si ibu mula marah kerana  si anak tidak mahu.

Pada fikirannya sekarang, bagaimana anak ini akan kembali sihat jika tidak mahu makan ubat? Kalau sakit, ibu juga yang susah hati.

Saya kira, bukan saya sahaja yang menghadapi masalah ini. Adakala, terpaksa berhempas pulas hanya untuk memastikan anak makan ubat batuk atau ubat demam sebanyak 5ml. Agak tertekan juga dibuatnya!

Rupa-rupanya, ubat yang pahit ini jugalah yang akan memberikan kebaikan. Bagaimana si kecil 2 atau 4 tahun boleh faham dengan mudah? Sudah pasti sukar untuk kita menerangkannya bukan? Lalu, kita terpaksa memaksa mereka menelannya walau terpaksa berhempas pulas.

Kehidupan seharian kita dalam berorganisasi adalah serupa. Ramai antara ahli sesebuah organisasi tidak dapat menerima pahitnya teguran yang membina.

Apatah lagi pahitnya sebuah pengalaman, yang sebenarnya menjadi titik permualaan kepada sesuatu yang lebih bermakna.

Baru- baru ini saya ditemui oleh seorang rakan yang agak kecewa dengan majikannya. Saya kira, ini bukanlah kali pertama.

Apabila diceritakan semula, saya dapati ia hanyalah kerana sukarnya kita untuk mnerima kenenaran. Pada kebanyakan masa ia amat pahit untukl ditelan!

Mendengarkan kisahnya, saya sendiri teringat akan pengalaman saya yang lalu. Akibat masih agak mentah dan muda, saya mendadak mengambil keputusan untuk berhenti kerja dari syarikat tersebut.

Namun, hingga kini ,masih tersemat dalam minda saya, pengalaman yang itulah yang menjadikan saya mempunyai pemahaman yang baik dalam berorganisasi.

Jadi, kepada semua rakan dan kenalan. Bersabarlah. Terimalah nasihat dan komen yang menyakitkan. Pada kebanyakan masa, kebenaran itu memang pahit. 

Jadikanlah ianya sebagai satu perkara yang objektif untuk memperbaiki diri. Ia tidak mudah, tetapi ia adalah langkah untuk berjaya dalam hidup!

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...