Skip to main content

Hari jadi tidak tenang, hanya kerana...

Alhamdulillah.

Hari-hari yang mendatang dalam hidup merupakan anugerah hebat yang Allah beri. 24 jam sehari adalah nikmat yang tidak terperi. Setiap saat, nafas yang disedut merupakan sesuatu yang tidak ternilai.

Hari ini, saya amat bersyukur dengan adanya ramai manusia yang sentiasa sering mendoakan kebaikan untuk semua. Mendoakan yang baik sesama manusia.

Sama ada mereka kenali atau tidak, doa itu terus mengalir bagaikan air sungai yang tidak putus dan terus bersambung ke lautan.

Dalam diam, ramai juga rakan-rakan yang sedang bergelumang dengan kesibukan dunia seperti saya. Mungkin tidak sesibuk mana sebenarnya. Tetapi, melalui fasa-fasa hidup yang adakalanya di luar jangkaan adalah satu cabaran yang menjadikan kita sebagai insan.

Dugaan yang tidak diduga dan adakalanya berlaku di luar kawalan kita sebagai manusia. Dimarahi kawan atau jiran tetangga juga adakalanya menjadikan hari seseorang menjadi hambar. Adakalanya, hanya dengan senyuman dan ucapan terima kasih dari seseorang yang asing sudah cukup untuk menyinari hari seharian.

Pernah anda berasa sedemikian? Rasa ada yang tidak kena sepanjang hari, hanya kerana satu panggilan telefon. Berasa tidak tenang hanya kerana mengetahui sesuatu yang anda rasa sukar untuk anda simpan sendirian.

Saya suka menjadikan platform penulisan sebagai salah satu cara untuk ekspresi diri,  pada masa yang sama belajar menggunakan bahasa Melayu tinggi. (*_*)

Mungkin, pengalaman kita sentiasa berbeza. Namun, saya amat faham jika seseorag perlu marah kerana hanya itulah yang akan menyebabkan harinya terasa seperti selesai. Tetapi, saya kira masihkah mampu anda senyum setelah berfikir semula yang anda telah memarahi orang yang salah? Atau mungkin, anda sudah menengking seorang yang anda sepatutnya hormati.

Jika itulah yang pernah berlaku, mohon saja maaf. Berusahalah untuk tidak mengulanginya lagi. Insyaallah, sesungguhnya Allah itu sentiasa bersama dengan orang yang sabar dan berusaha.

Saya berazam untuk tidak menjadikan alasan perasaan, dan situasi seperti itu untuk menjadikan hari saya kurang produktif, hilang semangat diri dan kurang motivasi.


Salam ukhuwwah yang berpanjangan. Semoga kita selalu menjadi orang yang membawa 'rahmat' kepada yang lain. Amin!

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...