Skip to main content

Memahami untuk difahami

Agak 'cliche' apa yang hendak ditulis kali ini. Meskipun sejak akhir-akhir ini kesibukan agak memenatkan, saya cuba sedaya upaya meneruskan cita-cita untuk belajar dalam pelbagai cara termasuklah menulis di blog peribadi ini.

Meskipun ramai yang pasti maklum, blog bukanlah sesuatu yang mudah untuk disebarluaskan seumpama 'facebook', tetapi tujuan penggunaan blog, facebook, myspace dan twitter adalah berbeza mengikut objektif dan tujuan individu.

Sekali lagi, saya hanya ingin mengambilpeluang untuk berkongsi pandangan yang mana boleh digunapakai dan sekadar memberikan ruang praktis kepada minda saya untuk berfikir.

Baru semalam bercakap dengan rakan niaga, yang selalau suka menggunakan ayat, "You must understand..." berulang kali setiap kali memulakan dialog. Adakalanya, geram juga. Jadi terkeluarlah ayat dari saya pula,"jangan selalu minta orang lain faham saja, kita sendiri perlu memahami sebelum difahami."

Betulkan? Saya sendiri pada kebanyakan masa terfikir, berfikir cara yang terbaik untuk melakukan banyak perkara dan memastikan yang terlibat dapat benar-benar faham dan memahami. Agak sukar tugas itu. Bak kata bekas perdana menteri dulu,'berjuang untuk kemerdekaan adalah sukar, lebih sukar untuk mengisi kemerdekaan itu."

Untuk membuat orang faham sukar, untuk memastikan fahaman itu terus tetap menjadi fahaman yang betul sukar juga! Itulah namanya cabaran.

Cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani. Apa pun yang berlaku,perkara mencabar dalam mana-mana orgnisasi termasuklah organisasi keluarga perlu ditangani dengan cermat dan bijak.

Kesabaran perlu mengiringi usaha memahami untuk difahami ini. Kesabaran yang bukan mudah untuk dimiliki, tapi tidak mustahil untuk kita kecapi.

Saya yakin, apa jua yang kita lakukan dan usaha yang cuba dijalankan, pasti akan membawa kebaikan jika cara dan niatnya betul.

Untuk memahami juga sukar, bahkan banyak perkara yang berlaku sekarang pun, kita tidak mampu memahami sepenuhnya.

Saya ingin mengajak dan memperingatkan diri saya sendiri, agar terus berusaha dan bertawakkal pada apa saja perkara dengan pergantungan yang berterusan pada ALLAH. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...