Skip to main content

Hujung Minggu yang Bermakna

Bagi ramai orang hujung minggu amat bermakna. Hujung minggu menjadi hari dan masa untuk ibu bapa meluangkan lebih masa bersama anak-anak dan suami. Pada hujung minggu juga masa yang ada digunakan untuk mengemas dan membersihkan rumah.

Pendek kata banyaklah perkara yang boleh dilakukan bersama keluarga pada hujung minggu.

TETAPI...

ada juga yang melihat dan merasai hujung minggu sebagai satu masa yang amat memeningkan kepala!

Nak kemas rumah...
Nak basuh baju...
Nak layan anak...
Nak rancang ke mana nak pergi?
Nak rancang makan di mana?
Nak tahu makan apa?
Anak-anak yang riuh dan kecoh...
dan banyak lagi!

Lebih-lebih lagi apabila kewangan keluarga agak menguncup sejak akhir-akhir ini. Maklumlah, harga barang naik, keperluan keluarga banyak dan makin bertambah.

Jadi, pengalaman hujung minggu tidaklah seindah yang kita sangka. Walau secara amnya kita selalu melihat ramai orang menghabiskan banyak masa di luar bersama keluarga di hujung minggu, tidak semua betul-betul gembira.

Ada yang sebenarnya mengeluh melayan karenah anak sepanjang hujung minggu.

Walau apa pun jua, bagi saya, ada banyak cara yang boleh dirancang untuk menghabiskan masa hujung minggu. Insyaallah...dengan usaha dan perancangan yang baik pasti bajet yang ada mencukupi. Yang penting, sebagi ibu dan bapa, perlulah bijak dalam mengurus dan mengawal anak-anak.

SEMOGA dengan doa dan usaha yang berterusan, semua ibu dan bapa akan berjaya menjalani kehidupan yang bahagia dan lebih gembira bersama anak-anak dan keluarga.

AMin.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...