Skip to main content

Anda percaya?

Kali ini saya ingin ajukan soalan.

Anda percaya ada orang bekerja untuk wang?
Anda percaya ada orang bekerja untuk gaji?
Anda percaya ada orang memilih kerja berdasarkan gaji?
Anda percaya ada yang tak mahu bekerja kerana rendahnya gaji?
Anda percaya ada orang yang bekerja semata-mata untuk gaji?
Anda percaya ada orang bekerja KERANA IKHLAS?

Anda percaya ada orang bekerja dengan gaji kecil tetapi KAYA?
Anda percaya ada yang bekerja dengan gaji besar tetapi MISKIN?

Saya secara peribadi mengaku yang saya juga bekerja dengan harapan dapat menambah pendapatan. Tidak perlulah saya asyik meminta wang saku dari suami sekadar hanya untuk membeli bedak muka.

Pada masa yang sama dapat juga saya membantu, bukanlah banyak. Apa yang penting saya dapat menggunakan kemahiran saya untuk berbakti. Sebab, tugas menanggung keluarga bukanlah tugas saya sepenuhnya.

Jadi pada mulanya, niat saya bekerja adalah untuk menambahkan sedikit pendapatan dan menggunakan ilmu dan kepakaran yang ada untuk berbakti kepada orang lain.

Tetapi, lama-kelamaan saya secara peribadi mendapati yang saya melakukan kerja yang saya lakukan sekarang adalah kerana saya 'gembira' dan 'suka' melakukannya.

Apabila saya bertemu dengan beberapa rakan lain yang merupakan ibu tunggal, malah ada juga yang 'terpaksa' menyara keluarga atas sebab-sebab tertentu meskipun suami masih bekerja, saya mula memahami yang saya jauh lebih bernasib baik.

Ada benarnya rakan-rakan saya itu bekerja memang dengan niat untuk mendapat 'gaji'. Saya yakin, niat mereka tidak salah, kerana itu adalah hakikat kehidupan yang mereka lalui.

TETAPI, saya merasa hairan kerana masih ada juga rakan yang tidak dapat bersyukur dengan nikmat dan gaji yang mereka terima. Ada yang masih merasakan gaji mereka terlalu rendah dan 'tidak cukup' untuk menampung perbelanjaan harian mereka. Maklumlah, kan harga barang semuanya kian meningkat?

Terdetik juga dalam fikiran saya, agaknya berapalah gaji yang 'membolehkan cukup' ini sebenarnya? Dua ribu? Satu ribu? Satu juta?

Emm...nampaknya, kenalah kita berbalik kepada konsep 'REZEKI YANG DIBERKATI'. Saya sendiri rasa terpana dengan frasa ini. Terdetik juga, berkatkah rezeki yang saya perolehi selama ini kalau saya asyik merasakan ianya tidak mencukupi...

Lagipun bila saya lihat rakan yang hanya menyandang SPM, bekerja baru 13 bulan sudah mengaharapkan gaji lebih dari seribu ringgit sebulan, saya mengeluh juga...

Hakikatnya, saya sendiri dan ramai yang lain menyandang ijazah pun menanti hampir 2-3 tahun untuk mencapai gaji lebih dari seribu lima ratus. Entahlah...saya harap, marilah kita sebarkan kepada semua tentang konsep 'REZEKI YANG DIBERKATI'.

Saya yakin, tidak kira berapa gaji yang kita perolehi, itu adalah rezeki dari ALLAH. Kiranya kita berusaha dan berdoa, pasti kita akan memperolehi yang terbaik. "Best man wins."

Jadi, daripada asyik mengomel dan membebel tentang gaji yang tidak cukup, apa kata kita berusaha dan tunjukkan kebolehan yang kita layak untuk mendapat gaji yang setimpal. Pada masa yang sama BERDOALAH, agar ALLAH memberikan apa yang terbaik untuk kita...

Mungkin kesukaran ini adalah yang terbaik...siapa tahu kan?

Ya ALLAH, permudahkanlah urusan dunia ku ini, untuk menuju akhiratmu...AMIN.

Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...