Skip to main content

Apabila anda terlalu risau...

Ada masa tertentu saya amat risau tentang banyak perkara.

Amat risau tentang anak-anak...
Amat risau tentang pekerja...
Amat risau tentang wang...
Amat risau tentang bisnes...
Amat risau tentang masa depan...

Apabila saya kenangkan semula, ada baiknya saya tidak 'terlalu' risau. Tetapi, apabila saya tidak risau, saya rasa seperti tidak bertanggungjawab pula!

Banyak kali juga teman rapat menasihatkan.

" Jangan risau sangat. Ada lah nanti tu...jalan untuk selesai."
"Habis kalau tak risau, tak fikirkan perkara tu, macam mana nak selesai? Bila fikir, jadi risau sangat pulak...Tak tahu lah."

Lama-kelamaan, termakan juga saya dengan nasihat kawan saya tu. Ada benarnya, Apabila kita terlalu risau dengan sesuatu, kita seolah terlalu obses dengan perkara tersebut. Sampaikan ada masanya sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain juga dengan ahli keluarga.

Jadi, ada benarnya juga. Dalam keadaan yang membuatkan kita terlalu risau, kita juga lupa untuk mengingati satu hal. Sebenarnya, apa pun jua kerisauan yang kita ada, kita sepatutnya perlu ignat pada konsep tawakkal. Selepas usaha dan doa, tawakkal sajalah dengan apa jua yang akan terjadi.

Insyaallah, dengan keyakinan yang kuat, pasti ada hikmah dalam setiap kejadian dan perkara yang berlaku...

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya: "Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?" Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!" Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya. Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan: PERTAMA: Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah. Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat. Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita ...