Skip to main content

Allah Memberi untuk Kita Memberi

Alhamdulillah...

Ada hari-hari yang dilalui sukar untuk diceritakan. Ada hari-hari yang di lalui amat menyenangkan. Juga ada hari-hari yang amat memberansangkan.

Setiap hari kita selalu lupa untuk sentiasa panjatkan kesyukuran yang sepatutnya merupakan rutin harian. Ucaplah, ALHAMDULILLAH atas setiap apa juga yang berlaku dan apa juga yang anda lalui. Insyaallah...apa jua yang sedikit anda pasti dapat berkongsi.

Pada kebanyakan hari, saya sendiri selalu berasa resah dan agak tertekan. Pada masa yang sama perasaan marah senang saja menguasai diri.

Rupanya, pada kebanyakan hari itulah, saya sedar yang saya kurang memanjatkan kesyukuran. Kerana syukur bukan hanya pada waktu solat 5 kali sehari. SYUKUR adalah sentiasa, setiap detik dan setiap hembusan nafas.

Syukur jugalah yang membuatkan kita sentiasa ingat untuk memberi apa yang telah ALLAH beri.

berilah KETENANGAN kepada orang sekeliling dengan ketenangan anda.
berilah KEGEMBIRAAN kepada yang lain dengan kegembiraan anda
berilah KELAPANGAN kepada yang lain dengan kelapangan anda
berilah PELUANG kepada yang lain seperti mana ALLAH membuka peluang seluas-luasnya untuk kita...

Jadi, berilah kepada yang lain, kerana ALLAH MEMBERI UNTUK KITA MEMBERI.

"Ya, allah...berilah ketenangan dan kelapangan untuk kami meneruskan kehidupan di dunia mu untuk menjadi jalan ke akhirat kelak. Amin...

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...