Skip to main content

Maternity leave: Tips for returning to work - MayoClinic.com

Salam buat semua.

Saya mengakui bahawa pengalaman mengandung dan bersalin adalah berbeza dari seorang anak dengan yang lain.

Walaupun sudah berpengalaman melahirkan, seorang wanita pasti akan merasai degupan, (walau sedikit) gentar untuk menghadapinya. Apa yang pasti kelahiran anak itulah yang menjadi penguat semangat untuk seorang ibu menghadapi apa jua situasi atau komplikasi semasa melahirkan.

Walaupun begitu, ramai wanita kini yang mengambil remeh dan ringan tentang tempoh penjagaan diri (berpantang) yang sebenarnya amat penting untuk perkembangan hidup seorang wanita bagi jangka masa panjang.

Ramai yang berkata: "Alah, tak apa. Aku tengok oramg lain OK je. Tu 'mat saleh' tu, tak ada pun pantang-pantang!"

Hem..saya susah juga kalau diminta untuk menerangkan peri pentingnya tempoh penjagaan ini. Apa pun jua, percayalah. Ada banyak perkara yang diajar oleh orang dulu-dulu, yang sememangnya amat berguna untuk jangka masa panjang.

Walau semoden mana pun kita, pilihlah yang terbaik dari apa yang diajarkan oleh ibu bapa dan orang tua kita, dan cuba sesuaikan dengan realiti kehidupan sekarang.

Insyaallah, berkat doa dan usaha kita, sebagai wanita yang lebih tercabar di alaf ini, kita akan dapat meneruskan hidup sebaiknya.

Insyaallah. Kongsikan artikel yang saya baca di laman internet.

Maternity leave: Tips for returning to work - MayoClinic.com

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...