Skip to main content

Memahami tugas dan tanggungjawab

Tugas dan tanggungjawab adalah merupakan sesuatu yang ada pada semua orang. Hari ini, saya ditanya oleh seorang teman,

"Susah betullah bos aku ni. Bila aku jalankan tugas dia kata aku kena 'check' dulu, minta 'approval' dulu. Lepas tu, bila aku tak boleh buat atau lambat mana-mana tugas dia kata aku tak bertanggungjawab pula!"

"Macam mana aku nak buat, kalau asyik kena 'check' dan minta 'approval'. Lepas tu, tak dapat nak contact dia, lambat je dia kata tak bertanggungjawab pulak.Aku dah 'confuse' dah. Buat salah, tak buat pun salah..."


Panjang keluhan teman saya itu...

Bila saya fikirkan semula saya rasa saya mula dapat memahami situasi rakan saya tadi. Saya juga pernah melalui apa yang rakan saya lalui itu.

Saya secara peribadi mendapati bahawa seseorang memerlukan satu tahap kebijaksanaan untuk menilai dan mengetahui dengan mendalam, bidang kerja tugas dan kuasa membuat keputusan dalam bidang pekerjaannya.

Sebagai contoh, seorang pegawai pemasaran perlulah benar-benar memahami tugas dan tanggungjawab beliau dalam memaasarkan produk atau perkhidmatan syarikat beliau.

Memahami semua polisi dan prosedur, memastikan yang beliau faham tatacaranya. Jika tidak, pastikan dahulu beliau mendapat maklumat 'terkini' dan 'green light' dari ketua bahagian pemasaran sebelum melakukan sebarang perkara yang beliau tidak pasti. Pada masa yang sama, ada masanya beliau terpaksa membuat keputusan segera.

Jadi beliau mesti tahu BATAS-BATAS KUASA BELIAU UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN dalam usaha melaksanakan kerja beliau memasarkan produk syarikat.

Dengan erti kata lain, beliau perlu faham dan jelas dengan prosedur dan tatacara syarikat yang beliau sertai.

Ia sebenarnya MUDAH sekiranya beliau mempunyai keupayaan dan mampu memahami 'perkara dibawah bidang kuasa' beliau dan 'perkara yang bukan dibawah bidang kuasa beliau'.

Ini adalah antara konsep penting dalam 'work delegation', agar keharmonian organisasi terjaga dengan baik.

KEBIJAKSANAAN inilah yang saya maksudkan. Kebolehan yang saya kira tidak dapat dipelajari dengan mudah tanpa sikap yang betul sebagai pekerja.

Mana mungkin seseorang itu boleh menjadi majikan yang baik, kiranya beliau tidak mampu menjadi pekerja yang baik?

Seseorang yang tidak melalui kesusahan pasti sukar untuk memahami kesenangan.
Orang yang tidak pernah sedih tidak akan memahami kegembiraan.
Orang yang tidak boleh menjadi pekerja yang baik, tidak akan menjadi majikan yang baik.

Saya yakin anda memahami apa yang saya maksudkan.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...