Skip to main content

Macam mana?

Dua hari yang lalu seorang rakan bertanya:

"Macam mana ya? Kalau aku nak buat pembahagian kerja untuk pekerja buat tugas perniagaan syarikat?"

Kalau secara kebiasaannya saya selalu jawab..."Itukan syarikat awak, suka hati awaklah apa awak nak buat!"

Tapi kali ini, saya mengambil masa dan bertenang untuk menjawabnya.

Ini secara jujurnya apa yang saya mahu katakan:

PERTAMA:

Ramai orang (terutama bumiputra), yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Biasanya syarikat yang ditubuhkan juga 'enterprise'. Dengan kata mudah 'enterprise ini adalah, harta aku bisnes aku, bisnes aku harta aku. Rama yang suka memulakan syarikat ini kerasa KOSNYA yang agak rendah.

Manakala syarikat SDN BHD pula: syarikat dan individu adalah entiti yang berbeza, tetapi semua pengarah syarikat boleh disabitkan untuk bertanggungjawab secara langsung dalam perjalanan syarikat.

Syarikat SDN BHD pula ada beberapa tatacaranya. Ada rakan saya pernah bertanya, "Eh, kalau boss kita (pengarah syarikat) ambil duit sayarikat du dah kira pecah amanah kan?"

Sebenarnya tak semudah itu untuk menuduh boss (pengarah syarikat) pecah amanah.

Sebab ada kategori tertentu yang membolahkan pengarah syarikat meminjam duit syarikat. Apa yang penting mestilah ada dokumen yang akan terpapar apa jua jumlah wang keluar masuk terutamanya dalam 'management account' dan 'audited account' untuk syarikat berkenaan.

(untuk perkara seumpama ini, perlulah hadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan "tugas-tugas kepengarahan didalam syarikat")

KEDUA:

Pengurusan syarikat adalah bergantung penuh kepada para pengarahnya. Jadi sebarang 'job scope' dan jawatan yang perlu diwujudkan, mestilah berdasarkan keperluan syarikat.

Ramai yang fikir, mudah untuk menjadi pengarah. Ia sebenarnya memerlukan banyak kesabaran dan ketahanan diri. Terutamya apabila pengarah syarikat merupakan orang yang baru menceburi diri dalam perniagaan dan sedang belajar untuk membangun.

Cara berfikir, kebolehan merancang dan kawalan emosi amat perlu dibentuk dan dicerna sejak dari awal. Kebolehan memahami dan kecerdasan minda untuk sentiasa mengadaptasikan diri dalam industri perniagaan akan membolehkan pengarah membawa syarikat ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.

Sebenarnya, sebarang perniagaan tempatan, walau kecil dan sederhana banyak menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Jadi tak salah kiranya sesebuah syarikat ingin terus beroperasi secara sederhana dan dengan itu, pengarah syarikat mahu meneruskan cara perniagaan yang sederhana tanpa beliau perlu 'memerah keringat' untuk membawa syarikat 'lebih jauh'.

*************

JADI, berbalik kepada bidang kerja serta bagaimana untuk menentukan bidang tugas dan pekerjaan mana-mana pekerja dalam syarikat, itu amat bergantung kepada keperluan dan juga hala tuju perniagaan syarikat.

Majikan sebenarnya tidak perlu terlalu bimbang tentang kehilangan pekerja atau sama ada pekerja akan berhenti dengan notis pendek.

Dengan tujuan dan tatacara pengendalian yang baik, hanya pekerja yang sesuai sahaja akan terus kekal bersama syarikat.

Jadi, sekiranya seseorang itu merasakan diluar sana lebih banyak syarikat lain yang lebih baik, maka terima saja hakikat yang pekerja berkenaan memerlukan ruang dan peluang yang lebih baik di luar sana.Terima sahaja surat perletakan jawatan mereka.

Perkara yang sama juga untuk pekerja yang tidak dapat memenuhi dan mencapai tahap prestasi yang ditetapkan. Adakalanya, perlu untuk memberhentikan mereka untuk kebaikan yang lebih besar.

Itulah sebenarnya, apa yang saya ingin kongsikan. Semoga, perjalan perniagaan kita (terutama syarikat bumiputra) akan terus mampu berdaya saing, tanpa mengira apa juga cabaran yang datang, sama ada dari dalam atau luar syarikat.

Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...