Skip to main content

Tips Berniaga: Cabaran utama .

Salam.

Ramai sebenarnya penulis dan individu yang menulis dan bercerita tentang teori, pengalaman dan pendapat tentang tips berniaga. Ini banyak dicoretkan di laman web perniagaan dan juga blog peribadi serta media yang lain termasuk 'facebook'.

Ada yang menganalisanya secara teori, praktikal dan juga penilaian dari beberapa bahan bacaan ternama.

Kali ini saya hanya ingin berkongsi tentang cabaran sebenar dan faktor yang sering menjadi punca kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan.

Kemajuan dan kejayaan perniagaan dapat dilihat berbeza:
1. Perniagaan yang berjaya dan berkembang.
2. Perniagaan yang yang berjaya tetapi tidak berkembang.

Mari kita kembali semula kepada faktor yang saya nyatakan tadi, iaitu keluarga.

Keluarga memberikan beberapa perkara yang berikut dalam hidup seorang usahawan berjaya:

1. Sokongan moral & spiritual
3. Pewaris (mereka yang boleh mengambil alih perniagaan atas sebab-sebab tertentu seperti kematian)

SOKONGAN MORAL & SPIRITUAL

Sokongan moral datang dalam bentuk kata-kata, bantuan kewangan dan juga kehadiran mereka secara fizikal dalam hidup usahawan.

Sokongan berbentuk kata yang memotivasikan serta riak wajah yang meyakinkan sudah memadai bagi ramai usahawan. tetapi pada kebanyakan masa, kata-kata peransang bukanlah sesuatu yang biasa diucapkan oleh ahli keluarga usahawan.

DOA dan harapan dari ahli keluarga juga merupakan tiang kepada kejayaan seorang usahawan untuk berjaya secara 'holistik' dan berterusan. Ramai yang tidak melihat ini sebagai satu perkara penting. Tetapi, sebagai usahawan muslim terutamanya, DOA merupakan senjata utama yang disandarkan atas semua usaha.

Adalah penting bahawa sokongan yang diberi adalah jujur dan ikhlas. (unconditional support) Banyak kes terjadi dimana sokongan moral ini dikira berkadar langsung dengan habuan dan imbuhan dari perniagaan yang dijalankan oleh ahli keluarga itu tadi.

Imbuhan yang diharapkan selalu akan dilihat dari bentuk kebendaaan seperti pemberian hadiah dan wang. Sokongan inilah yang amat sukar untuk diperolehi dan amat penting untuk dimiliki oleh seorang usahawan. Paling tidak diberikan oleh mereka yang paling dekat sama ada ibu bapa (untuk yang masih bujang) dan suami atau isteri (untuk yang sudah berkeluarga). Cabaran ini menjadi tamparan yang lebih hebat bagi mereka yang bergelar usahawan wanita.

PEWARIS

Tidak semua usahawan mempunyai misi untuk mewariskan perniagaan kepada ahli keluarga kerana banyak faktor dan sebab. Tetapi sokongan yang sebenar adalah dari ahli keluarga yang sanggup bersusah payah dan memahami situasi sebagai pekerja-majikan walaupun mereka tinggal serumah sebagai sebuah keluarga.

Tidak ramai usahawan yang mempunyai ahli keluarga yang mampu dan boleh memberikan sokongan seperti ini. Walau apapun sebab dan alasannya, kehadiran mereka yang sanggup memberi sokongan dengan bersedia untuk bersama dalam organisasi dan mampu meneruskan perniagaan adalah sesuatu yang amat membantu usahawan untuk berjaya dan berkembang.

*****

Setelah itu, barulah seorang usahawan itu akan dapat memberikan fokus untuk membina jaringan perniagaan (network) dan mampu mengembangkan serta meneroka cabang perniagaan lain yang pastinya dapat membantu dan memberi peluang perniagaan dan pekerjaan kepada lebih ramai ahli masyarakat.

Sekian.
SALAM USAHAWAN.

Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...