Skip to main content

Bila minda terbuka.

Orang kata fikiran mesti selalu terbuka untuk berjaya. Kreatif untuk mencari idea baru dan bernas.

Berfikir adalah antara kuasa manusia yang sangat hebat. Tetapi, manusia juga mempunyai pelbagai kuasa dan kehebatan lain yang seharusnya digunakan dengan maksima. Kebolehan dan kekuatan seseorang individu banyak bergantung kepada sejauh mana sikap seseorang itu terhadap isu memaksimakan kebolehan dan potensi diri.

Sukar juga. Pada kebanyakan masa ramai yang tidak dapat melihat potensi dan kuasa diri. Tidak dapat memberikan tumpuan sepenunya kepada matlamat dan tujuan adalah salah satu sebab dan punca.

Memikirkan tentang apa yang orang akan kata serta memikirkan hukuman apa yang akan dikenakan menyebabkan banyak individu tersasar dalam usaha menentukan hala tuju hidup.

Saya secara peribadi menghadapi masalah yang sama pada banyak ketika. Kini saya yakin dan berazam untuk bertambah yakin dan memastikan saya meneruskan usaha dan apa juga matlamat saya dengan penuh dedikasi dan 'fokus'.

Semoga ALLAh memberikan kemudahan bagi saya dan semua ibu yang bekerjaya di luar sana. AMIN.

Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Berkasih...

Bila terkenang waktu pertama kali berjumpa suami, tersenyum sendiri saya dibuatnya. Yalah, walau dulu cara kita bercinta tak sama dengan anak muda sekarang, saya rasa pada masa itu ramai juga rakan yang 'asyik' bercinta sakan. Mungkin, saya antara mereka yang agak naif dalam berkawan pada masa itu. Apa yang pasti, saya tidak melangkaui batasan yang sepatutnya. Malah kesilapan lalu tidak mahu lagi saya ulangi. Apa yang saya ingin dikongsikan ialah tentang "INDAHNYA BERKASIH" yang perlu wujud pada setiap masa dalam hidup bersama suami... Dalam masa susah dan sukar, ramai yang mudah lupa akan keindahan-keindahan yang telah kita ciptakan pada satu masa dulu. Ada kalanya, perlu juga kita mengulangi pengalaman 'berbulan madu' bersama suami. Pada ramai wanita yang hatinya sering tercalar dan dilukai oleh suami, ia bukanlah satu titik akhir untuk menamatkan kisah indah yang pernah tercipta. Pada wanita yang sedang berbahagia bersama suami, seringlah beringat untuk men...

Cabaran Syawal tahun ini: Satu pemerhatian peribadi.

Apa khabar semua? Semoga cuti yang panjang tidak menjadi penghalang kepada perkembangan positif dan perubahan yang baik. Wah, setelah ramadhan berlalu, syawal pula menjelma! Ramai dikalangan rakan usahawan runcit berkongsi pengalaman pahit manis semasa ramadhan dan syawal. Ada juga usahawan yang gembira dengan hasil jualan (terutama pengusaha makanan) dan ada juga keluhan kekurangan pelanggan yang membeli (terutama pengusaha pakaian). Selain itu, rakan niaga dalam industri perkhidmatan juga merungut akibat pelanggan yang lewat dan masih tidak menjelaskan bayaran perkhidmatan. Maklumlah, ramai pelanggan yang mula bercuti seawal 6 September yang lalu. Apa yang saya kira menarik tahun ini adalah pola pembelian yang berkait rapat dengan kuasa masyarakat sebagai pembeli serta kekukuhan ekonomi keluarga di dalam masayarakat. Rata-rata tahun ini ramai yang berbelanja secara sederhana dari segi perhiasan rumah, diri dan keluarga. Jika diperhatikan, ramai yang keluar mem...

Menyambung Ukhuwwah: Deposit Bank Sosial Anda!

Saya dengan lapang dada, mula memberikan peluang kedua bagi diri saya untuk menjalin semula hubungan ukhuwwah tanpa sebarang prasangka! **************** Assalamualaikum. Kepada semua rakan pembaca dan sesiapa yang secara sengaja atau tidak singgah di laman blog   saya ini. Pernah anda terfikir tentang dimana kawan-kawan lama dulu? Tidak kiralah semasa di sekolah rendah, sekolah menengah atau mungkin di universiti atau kolej tempat anda belajar. Saya secara jujur, pada awalnya tidak mahu menjalin hubungan semula dengan kawan-kawan lama. Maklumlah, saya rasa pengalaman dulu banyak yang kurang indah dan lebih banyak yang menyakitkan. Kenangan dibuli membuli, dimarah dan memarahi, kawan baik, kakak angkat, adik angkat, kenangan bersama di kelas dan asrama, banyak   yang tidak begitu indah untuk diingat, apatah lagi untuk dikenang. Ramai rakan dulu jauh lebih berjaya daripada saya. (mereka selalu berkata sebaliknya) Saya adalah antara yang mempunyai ramai anak dan agak be...