Skip to main content

Kreatif: Menaiktaraf kemahiran diri.

Salam.

Ramai yang melihat kreativiti dalam bentuk seni. Seni pula lebih dilihat kepada kebolehan menyanyi.Tidakkah anda terfikir bahawa kreativiti itu adalah sesuatu yang lebih dari hanya melukis, menyanyi atau berlakon?

Anda sendiri sebagai seorang yang menjalani hidup normal, anda pastinya seorang yang kreatif.

Jadi bagaimana anda menggunakannya untuk meningkatkan mutu dan nilai diri anda?

Saya hanya ingin berkongsi sedikit pengalaman. Semasa 'blog' manjadi satu fenomena, saya amat teruja untuk tahu dan ingin menjadi salah seorang ahli dalam dunia 'blogger'. Jadi saya sering membaca dan mencari maklumat mengenai blog yang menarik dan menjadi perhatian ramai.

Blog untuk bisnes, blog sebabagai diari dan juga blog untuk menjana pendapatan!

Pada masa itu saya menghadiri sebuah kelas yang ringkas untuk belajar "How to create blog." Selepas itu, baru saya sedar, ia hanyalah satu sistem yang mudah dan hanya memerlukan sedikit kreativiti sendiri untuk mengolah cara penampilan dan penggunaan blog itu.

Pertama kali saya menulis blog, hanya sekadar mencuba. maklumlah, saya perlu mengejar masa dan seiring dengan masa serta tekno terkini.

Saya memulakan satu blog dalam bahasa inggeris, yang mendapat 'komen' hebat dari "BOSS" saya yang meminta saya 'menutup' blog itu.

Jadi, sya menutup blog saya atas arahan. Pada masa yang sama, saya hanya terus menulis secara peribadi tanpa mendedahkan imej saya yang sebenar sebagi salah seorang dari organisasi penting itu.

Dalam tempoh 3 bulan saya menutup blog itu, saya dapati saya masih menerima komen dan maklumbalas dari pembaca yang rupanya memberikan sokongan ke atas kewujudan blog itu.

Saya menjadi lebih bersemangat dan ingin membuktikan bahawa saya mampu untuk menulis blog yang dibaca dan menjadi rujukan orang lain.

Tampa menghiraukan apa yang akan orang kata, saya buka semula blog yang saya telah tutup tanpa memberikan pendedahan yang ketara akan hubungan saya dengan syarikat yang saya pernah bekerja sebelum itu.

Saya memastikan setiap 'entri' mempunyai maksud yang tertentu untuk dibaca oleh 'silent reader' yang makin meningkat dari hari ke hari. pastilah saya akan membacanya dengan teliti sebelum menekan butang 'publish'.

Semenjak itu, saya melihat peluang 'blog' sebagai penjana inspirasi, kanvas untuk melestari emosi, ruang untuk ilmu dikongsi dan tempat untuk membina kreativiti serta keyakinan diri.

Ayuh! Jadikanlah membaca dan menulis satu budaya.Tidak kira apa jua bahasa yang anda guna.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

MENDAFTAR BISNES DENGAN LESEN ENTERPRISE - Bahagian 2

Selepas kita sudah bersedia dengan bisnes yang mahu dijalankan, bolehlah kita mendaftarkan lesen perniagaan untuk tujuan itu. Ya. Memulakan bisnes dengan lesen enterprise boleh menjadi platform pertama untuk bermula dengan mudah dan lebih cepat. Antara cara mengurus risiko penting memulakan bisnes dengan lesen enterprise ialah: 1. Bisnes yang kita mulakan mestilah tanpa memerlukan sebarang pinjaman. 2. Bisnes yang kita mulakan tidak melibatkan partnership atau perkongsian modal. Sekiranya ada, mestilah disediakan dengan perjanjian persetujuan status modal dan partnership. Sekiranya pertama kali, dan masih tidak pasti, buatlah lesen sebagai pemilik tunggal dahulu. MANDAFTARKAN LESEN BISNES - Enterprise Maklumat dan cara teknikal bagi mendaftarkan bisnes dengan lesen enterprise dengan mudah dapat difahami apabila kita melayari www.ssm.com.my Bagi pendaftaran, boleh dilakukan secara online atau offline. Sekiranya online perlu masuk ke www.ezbiz.ssm.com.my Perlu daftar...

Indahnya Berkasih...

Bila terkenang waktu pertama kali berjumpa suami, tersenyum sendiri saya dibuatnya. Yalah, walau dulu cara kita bercinta tak sama dengan anak muda sekarang, saya rasa pada masa itu ramai juga rakan yang 'asyik' bercinta sakan. Mungkin, saya antara mereka yang agak naif dalam berkawan pada masa itu. Apa yang pasti, saya tidak melangkaui batasan yang sepatutnya. Malah kesilapan lalu tidak mahu lagi saya ulangi. Apa yang saya ingin dikongsikan ialah tentang "INDAHNYA BERKASIH" yang perlu wujud pada setiap masa dalam hidup bersama suami... Dalam masa susah dan sukar, ramai yang mudah lupa akan keindahan-keindahan yang telah kita ciptakan pada satu masa dulu. Ada kalanya, perlu juga kita mengulangi pengalaman 'berbulan madu' bersama suami. Pada ramai wanita yang hatinya sering tercalar dan dilukai oleh suami, ia bukanlah satu titik akhir untuk menamatkan kisah indah yang pernah tercipta. Pada wanita yang sedang berbahagia bersama suami, seringlah beringat untuk men...