Skip to main content

Harga Barang Naik?

Hari ini saya melihat banyak 'post' di dinding laman 'facebook' penuh dengan komen dan maklumat mengenai kenaikan harga barang.

Ini termasuklah petrol, gula dan tepung.

Mengimbas kembali pengalaman saya semasa kecil yang hanya berbekalkan 30 sen untuk ke sekolah, kini anak-anak mengalami perubahan zaman yang amat berbeza. 3 ringgit sudah menjadi kemestian. Ada juga ibu bapa yang memberikan hampir 5 ringgit sehari.

Apa pun saya pasti setiap ibu bapa mempunyai sebab dan alasan yang munasabah untuk memberikan jumpah perbelanjaan harian untuk anak-anak.

Saya secara peribadi mengakui adanya kesukaran dalam hal ini. Memang harga barang naik, tetapi menambahkan jumlah belanja harian anak tidak semesti satu langkah bijak. Harga barang yang meningkat menyebabkan ramai peniaga juga menaikkan harga barang jualan termasuklah barang makan.

Jumlah perbelanjaan anak secara asanya tidaklah begitu ketara, sebenarnya jumlah perbelanjaan runah adalah lebih ketara.

Rata-rata kita sebagai keluarga melayu (muslim) mempunyai satu gaya (pattern) perbelanjaan yang boleh dianggar dan diagak.

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin mengingatkan diri saya agar bijak berbelanja, dan sentiasalah membantu orang lain yang dalam kesusahan.

Semoga ALLAH akan memberikan kita jalan penyelesaian dan hidayah (melalui idea) untuk menempuhi cabaran sebagai khalifah.

Mintalah bantuan kepada ALLAH yang mempunyai kuasa atas segalanya.
AMIN.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

MENDAFTAR BISNES DENGAN LESEN ENTERPRISE - Bahagian 2

Selepas kita sudah bersedia dengan bisnes yang mahu dijalankan, bolehlah kita mendaftarkan lesen perniagaan untuk tujuan itu. Ya. Memulakan bisnes dengan lesen enterprise boleh menjadi platform pertama untuk bermula dengan mudah dan lebih cepat. Antara cara mengurus risiko penting memulakan bisnes dengan lesen enterprise ialah: 1. Bisnes yang kita mulakan mestilah tanpa memerlukan sebarang pinjaman. 2. Bisnes yang kita mulakan tidak melibatkan partnership atau perkongsian modal. Sekiranya ada, mestilah disediakan dengan perjanjian persetujuan status modal dan partnership. Sekiranya pertama kali, dan masih tidak pasti, buatlah lesen sebagai pemilik tunggal dahulu. MANDAFTARKAN LESEN BISNES - Enterprise Maklumat dan cara teknikal bagi mendaftarkan bisnes dengan lesen enterprise dengan mudah dapat difahami apabila kita melayari www.ssm.com.my Bagi pendaftaran, boleh dilakukan secara online atau offline. Sekiranya online perlu masuk ke www.ezbiz.ssm.com.my Perlu daftar...

Menulis di Blog: Perlu berniat juga?

Seusai menyelesaikan rutin harian menghantar anak-anak ke destinasi harian, saya mula rasa tidak tenteram. Oh, ada lagi perkara yang saya belum tuliskan! Menerima kunjungan dan meraikan rakan yang singgah di blog tulisan ini seumpama meraikan kunjungan mereka ke rumah juga. Mesti mahu diraikan. Saya kira, saudara juga akan berasa senang jika kunjungan saudara disambut mesra, bukan? Saya dikunjungi oleh beberapa rakan sekerja dalam dunia yang sama, sebagai seorang yang perlu menguruskan entiti perniagaan yang penuh dengan rutin organisasi bersama manusia untuk manusia. Bagaimana mahu mempunyai masa untuk menulis di blog? Lagipun, pada pandangan mereka tidaklah memberikan pulangan sehebat menjalankan perniagaan dengan operasi harian yang agak lumayan. Tambahan pula, ada sesetengah blog yang ditulis, tidaklah seramai mana 'follower' yang ada. Bagi saya secara peribadi, menulis blog memberi banyak erti. Ia banyak bergantung kapad apa yang ada di dalam minda penulis berkenaan...