Skip to main content

Cabaran yang berterusan.

Orang dulu-dulu ada menyebut: "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul."

Bila diri makin dewasa, lebih banyak pengalaman yang dilalui, lebih matanglah senarusnya kita ini. Kematangan yang sepatutnya membawa seseorang kepada pembanguna diri yang lebih baik dan sempurna.

Memang tiada sesiapa yang boleh dikategorikan 'sempurna' tetapai adalah baik jika kita sentiasa melakukan yang terbaik ke arah kesempurnaan.

Hari ini saya didatangi seorang ibu yang melihat satu perkara yang tidak tepat letaknya. Beliau risau apabila seorang dewasa tidak dapat menunjukkan contoh terbaik bagi anaknya, bagaimana mungkin niatnya untuk memastikan kesempurnaan itu tadi mampu tercapai.

Saya secara peribadi megakui apa yang dilakukan oleh individu itu terhadap anaknya adalah salah. Pun, begitu, saya tidak menyalahkan 100% perkara itu kepada individu terbabit. Malah, beliau seharusnya lebih peka dengan apa jua yang terjadi dan lebih memberi empati dan hormat kepada kanak-kanak.

Pada masa yang sama, saya juga menerima hakikat bahawa pencapaian individu berkenaan memerlukan sokongan untuk dipertingkatkan. Meskipun sudah beberapa kali diberitahu beliau masih belum dapat menerimanya dengan baik.

Kepada ibu tadi, saya memohon kemaafan dan berterima kasih atas maklum balas yang diberikan dan meminta agar beliau terus berkomunikasi dengan semua pihak untuk kebaikan bersama. Saya sendiri sedia maklum, yang seseorang itu tidak akan melakukan sesuatu tanpa ada sebab.

Dengan pengalaman keibubapaan yang amat sukar bagi semua orang, mengendalikan anak sendiri dan anak orang lain adalah sama sekali tidak sama dan cabarannya berbeza.

Namun, sebabagai seorang manusia biasa, saya sentiasa cuba berusaha yang terbaik dan pastinya tanpa izin ALLAH, segalanya adalah tidak mungkin.

Comments

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...