Skip to main content

Kisah Projek 3 Bulan : Bahagian 2

Assalamualaikum semua.


Baik, seperti yang dijanjikan, saya sambung semula kisah projek 3 bulan yang saya sedang jalani.


Buat pengetahuan, projek SME @ University kumpulan pertama sudah berlangsung dengan jayanya

Surat Tawaran.

Ha, inilah surat tawaran yang diberikan pada hari taklimat. Jelas tatacaranya, bukan?

Jadi, saya adalah salah seorang peserta untuk kumpulan kedua program SME @University.


Ini adalah beberapa dokumen yang diterima semasa sesi taklimat tersebut. Maaf ya, gambar tidak sebaik kamera canggih yang ada di pasaran. :-)

Ini adalah fail untuk menyimpan semua nota dan bahan bacaan yang diterima. Warnanya memang sesuai untuk saya! :)



Ini pula adalah jadual kelas. Setiap hari Sabtu, kelas adalah penuh. Tetapi, hari Ahad ia bergantung kepada isi kandungan program.

Kebanyakan kandungan modul adalah gabungan di antara kuliah oleh pensyarah dan kuliah pembentangan oleh 'practitioner' dalam dunia perbniagaan.

Bagus, bukan?

Sepanjang program, setiap pelajar akan dipasangkan bersama seorang pensyarah dan seorang pelajar ddari program sarjana.

Saya dipasangkan bersama Puan Junaidah dan Cik Amani. Mereka berdua memang sibuk dengan jadual masing-masing. 

Jadi, saya hanya berkomunikasi melalui emel dan juga telefon. Perjumpaan, agak terhad. :(

Wah, bagaimana? Anda teruja juga? Saya kira anda boleh saja menghubungi SME Corp untuk maklumat lanjut.

Nanti, saya akan kongsikan lagi beberapa perspektif sepanjang penglibatan saya dalam projek 3 bulan ini.

Salam Usahawan.

Comments

  1. Tahniah..Kak saya pun dah terlewat bru berpeluang smbg stdy, skrg dh last sem..sb dulu sibuk sgt bekerja..usia bukan penghalang..yg penting kita ada smgt nk tuntut ilmu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Indahnya Berkasih...

Bila terkenang waktu pertama kali berjumpa suami, tersenyum sendiri saya dibuatnya. Yalah, walau dulu cara kita bercinta tak sama dengan anak muda sekarang, saya rasa pada masa itu ramai juga rakan yang 'asyik' bercinta sakan. Mungkin, saya antara mereka yang agak naif dalam berkawan pada masa itu. Apa yang pasti, saya tidak melangkaui batasan yang sepatutnya. Malah kesilapan lalu tidak mahu lagi saya ulangi. Apa yang saya ingin dikongsikan ialah tentang "INDAHNYA BERKASIH" yang perlu wujud pada setiap masa dalam hidup bersama suami... Dalam masa susah dan sukar, ramai yang mudah lupa akan keindahan-keindahan yang telah kita ciptakan pada satu masa dulu. Ada kalanya, perlu juga kita mengulangi pengalaman 'berbulan madu' bersama suami. Pada ramai wanita yang hatinya sering tercalar dan dilukai oleh suami, ia bukanlah satu titik akhir untuk menamatkan kisah indah yang pernah tercipta. Pada wanita yang sedang berbahagia bersama suami, seringlah beringat untuk men...

Cabaran Syawal tahun ini: Satu pemerhatian peribadi.

Apa khabar semua? Semoga cuti yang panjang tidak menjadi penghalang kepada perkembangan positif dan perubahan yang baik. Wah, setelah ramadhan berlalu, syawal pula menjelma! Ramai dikalangan rakan usahawan runcit berkongsi pengalaman pahit manis semasa ramadhan dan syawal. Ada juga usahawan yang gembira dengan hasil jualan (terutama pengusaha makanan) dan ada juga keluhan kekurangan pelanggan yang membeli (terutama pengusaha pakaian). Selain itu, rakan niaga dalam industri perkhidmatan juga merungut akibat pelanggan yang lewat dan masih tidak menjelaskan bayaran perkhidmatan. Maklumlah, ramai pelanggan yang mula bercuti seawal 6 September yang lalu. Apa yang saya kira menarik tahun ini adalah pola pembelian yang berkait rapat dengan kuasa masyarakat sebagai pembeli serta kekukuhan ekonomi keluarga di dalam masayarakat. Rata-rata tahun ini ramai yang berbelanja secara sederhana dari segi perhiasan rumah, diri dan keluarga. Jika diperhatikan, ramai yang keluar mem...

Menyambung Ukhuwwah: Deposit Bank Sosial Anda!

Saya dengan lapang dada, mula memberikan peluang kedua bagi diri saya untuk menjalin semula hubungan ukhuwwah tanpa sebarang prasangka! **************** Assalamualaikum. Kepada semua rakan pembaca dan sesiapa yang secara sengaja atau tidak singgah di laman blog   saya ini. Pernah anda terfikir tentang dimana kawan-kawan lama dulu? Tidak kiralah semasa di sekolah rendah, sekolah menengah atau mungkin di universiti atau kolej tempat anda belajar. Saya secara jujur, pada awalnya tidak mahu menjalin hubungan semula dengan kawan-kawan lama. Maklumlah, saya rasa pengalaman dulu banyak yang kurang indah dan lebih banyak yang menyakitkan. Kenangan dibuli membuli, dimarah dan memarahi, kawan baik, kakak angkat, adik angkat, kenangan bersama di kelas dan asrama, banyak   yang tidak begitu indah untuk diingat, apatah lagi untuk dikenang. Ramai rakan dulu jauh lebih berjaya daripada saya. (mereka selalu berkata sebaliknya) Saya adalah antara yang mempunyai ramai anak dan agak be...