Skip to main content

Sebagai seorang manusia dan individu muslim.


"Marilah kita semua mempelajari, menghayati dan mendalami dengan lebih baik sejarah perjuangan Nabi Muhammad dan juga para khalifahnya dalam segala aspek kehidupan…termasuklah dalam politik, sosial dan ekonomi."
*********************
Wah, saya kira tugas semakin berat! Menjadi seorang Muslim bukan setakat menunaikan tanggungjawab fadhu ain semata-mata.
Pada kebanyakan masa sukar untuk mencapai keseimbangan. Tanggungjawab kepada diri, keluarga dan masyarakat kian hari kian mencabar.
Saya sedar, tidak semua antara kita mampu melakukan perkara besar. Tetapi, pastinya semua orang mampu melakukan perkara kecil dengan baik.
Jadi, saya tertanya dan terfikir, mengapa kita mahu berhentikan mereka yang mampu dan boleh bergerak lebih jauh dalam hidup? Bukankah kita patut memberikan sokongan?
Contoh yang ringkas. Sekiranya saya tidak mampu untuk menjadi seorang tukang masak yang hebat, adakah patut saya menghalang anak saya yang berkebolehan untuk menjadi seorang chef yang hebat ?
Sekiranya tiada hotel yang sepenuhnya halal, adakah saya patut memberhentikan cita-cita anak saya untuk menjadi chef di hotel dengan alasan tiada hotel yang sepenuhnya halal?  Patutkah saya sebut, tunggulah sehingga ada hotel yang benar-benar 100% halal dan syariah compliance, baru boleh jadi chef  terkenal?
Keadaan dan jalan hidup yang kita lalui mesti ada sebabnya. Setiap perkara yang ALLAH jadikan dan takdirkan pasti ada hikmahnya.
Jadi, seperti kedudukan peribadi saya sendiri, saya kira ada sebab dan hikmahnya.  ALLAH takdirkan saya untuk berada di tahap ini, bersama dengan beberapa orang tertentu dan bersama organisasi tertentu. Ini bermakna, saya mempunyai  tanggungjawab yang lebih dengan kemampuan yang diberikan olehNYA.
Saya faham banyak perkara yang akan memerlukan banyak persefahaman dan persetujuan. Namun, hak individu juga tidak harus dinafikan.
Rasa hormat dan tanggungjawab sesama manusia akan sentiasa terjaga tetapi ia harus datang dari semua pihak. Untuk dihormati, perlulah selalu menghormati. Untuk disayangi perlulah selalu menyayangi. Dan semuanya perlu dilakukan tanpa syarat! Jika tidak, biarkan sahaja mereka berlalu dari hidup anda.
Yang benar dan hak, perlu disuarakan. Sekali, dua kali, tiga kali…jika diabaikan jangan marah jika mereka menjadi lebih serius. Bukan tidak hormat, tetapi sudah tidak larat dan penat.
Saya kira, kita semua perlu mempelajari dan mendalami dengan lebih baik sejarah perjuangan Nabi Muhammad dan juga para khalifahnya dalam segala aspek kehidupan…termasuklah dalam politik, sosial dan ekonomi.


 

Comments

  1. kata-kata anda persis kata-kata Prof Hammam Saeed dalam bukunya Qawa'id al-Da'wah ila Allah, dalam qaedah ke 5.;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

MENDAFTAR BISNES DENGAN LESEN ENTERPRISE - Bahagian 2

Selepas kita sudah bersedia dengan bisnes yang mahu dijalankan, bolehlah kita mendaftarkan lesen perniagaan untuk tujuan itu. Ya. Memulakan bisnes dengan lesen enterprise boleh menjadi platform pertama untuk bermula dengan mudah dan lebih cepat. Antara cara mengurus risiko penting memulakan bisnes dengan lesen enterprise ialah: 1. Bisnes yang kita mulakan mestilah tanpa memerlukan sebarang pinjaman. 2. Bisnes yang kita mulakan tidak melibatkan partnership atau perkongsian modal. Sekiranya ada, mestilah disediakan dengan perjanjian persetujuan status modal dan partnership. Sekiranya pertama kali, dan masih tidak pasti, buatlah lesen sebagai pemilik tunggal dahulu. MANDAFTARKAN LESEN BISNES - Enterprise Maklumat dan cara teknikal bagi mendaftarkan bisnes dengan lesen enterprise dengan mudah dapat difahami apabila kita melayari www.ssm.com.my Bagi pendaftaran, boleh dilakukan secara online atau offline. Sekiranya online perlu masuk ke www.ezbiz.ssm.com.my Perlu daftar...

Indahnya Berkasih...

Bila terkenang waktu pertama kali berjumpa suami, tersenyum sendiri saya dibuatnya. Yalah, walau dulu cara kita bercinta tak sama dengan anak muda sekarang, saya rasa pada masa itu ramai juga rakan yang 'asyik' bercinta sakan. Mungkin, saya antara mereka yang agak naif dalam berkawan pada masa itu. Apa yang pasti, saya tidak melangkaui batasan yang sepatutnya. Malah kesilapan lalu tidak mahu lagi saya ulangi. Apa yang saya ingin dikongsikan ialah tentang "INDAHNYA BERKASIH" yang perlu wujud pada setiap masa dalam hidup bersama suami... Dalam masa susah dan sukar, ramai yang mudah lupa akan keindahan-keindahan yang telah kita ciptakan pada satu masa dulu. Ada kalanya, perlu juga kita mengulangi pengalaman 'berbulan madu' bersama suami. Pada ramai wanita yang hatinya sering tercalar dan dilukai oleh suami, ia bukanlah satu titik akhir untuk menamatkan kisah indah yang pernah tercipta. Pada wanita yang sedang berbahagia bersama suami, seringlah beringat untuk men...