Skip to main content

Kisahnya: Saya bercuti 60 hari!

"Senjata dan kekuatan utama kita semua, adalah DOA dan MUNAJAT kita pada ALLAH."

Alhamdulillah!

Saya amat bersyukur kepada ALLAH. Dengan kurniaannya, saya dipermudahkan urusan semasa proses melahirkan anak saya yang ke 5, Nur Safura binti Bahaman pada tanggal 17 Jun 2011.


Nur Safura binti Bahaman
18th June 2011
Saya berterima kasih kepada semua kawan dan sahabat yang selalu memberikan semangat meskipun adakalanya, pesanan dan teguran itu amat sukar dan pahit untuk diterima.

 
Semasa saya sedang bercuti 60 hari ini, saya memang banyak menghabiskan masa menulis untuk blog saya dan juga ber'facebook'!

Hinggakan ada rakan yang menegur betapa aktifnya saya di'facebook'. Ramai yang menyangkakan saya 'tidak ada apa-apa'. (*_*)


Memang betul! Saya sebenarnya bimbang jika saya 'tidak ada apa-apa'. Jadi, saya fikir komputer dan alam maya inilah yang menjadi medium dan platform untuk saya terus 'mengasah minda' dan terus memastikannya aktif dan berguna.


Setelah melalui proses kehamilan dan melahirkan lebih dari 4 kali, saya kira, saya perlu lebih berhati-hati dalam usaha menjaga kesihatan fizikal, spiritual dan minda saya. Zikir perlu sentiasa, mendengar bacaan al-quran perlu selalu.


Saya pastikan saya mengikut perkembangan semasa. Ekonomi, politik dan pergoalakan sosial semasa.

Dinasihatkan oleh orang tua, jangan terlalu banyak membaca, rehatkan mata. Maklumlah, kita baru sahaja melahirkan. Jadi kesihatan perlu dijaga. Benar, bila masa mula rasa terik dan kepala mula memberi tanda kurang senang, saya akan cepat-cepat berhenti dan berehat.


Alhamdulillah, makanan tambahan tidak dilupa. Semoga kesihatan akan ALLAH pelihara dengan kita berusaha.


Walau bimbang dan gundah gulana, emosi perlu stabil dan dijaga. Menangis, menangislah! Tetapi biar berpada-pada. Jangan terlalu dilayan perasaan yang tidak menentu. Nanti parah padahnya. Itulah nasihat saya saban hari pada diri.


Setiap kali Sikecil minta disusukan, saya sentiasa berdoa dan memohon pada yang KUASA.

Pada kebanyakan masa, saya juga selalu lupa. Senjata dan kekuatan utama kita semua, adalah DOA dan MUNAJAT kita pada ALLAH.

***************

Comments

  1. Sangat benar. Al-Quran dan munajat, jangan ditinggal.

    I'm happy to see you back online...ade peluang la kot kita chatting2..kalau tidak puan min ni sibuk ke hulu ke hilir. haha.

    May Allah showers more of His blessings upon you and family with the newly born.

    A'aanakillaaah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...