Skip to main content

Cabaran Syawal tahun ini: Satu pemerhatian peribadi.

Apa khabar semua?

Semoga cuti yang panjang tidak menjadi penghalang kepada perkembangan positif dan perubahan yang baik. Wah, setelah ramadhan berlalu, syawal pula menjelma!

Ramai dikalangan rakan usahawan runcit berkongsi pengalaman pahit manis semasa ramadhan dan syawal.

Ada juga usahawan yang gembira dengan hasil jualan (terutama pengusaha makanan) dan ada juga keluhan kekurangan pelanggan yang membeli (terutama pengusaha pakaian). Selain itu, rakan niaga dalam industri perkhidmatan juga merungut akibat pelanggan yang lewat dan masih tidak menjelaskan bayaran perkhidmatan. Maklumlah, ramai pelanggan yang mula bercuti seawal 6 September yang lalu.

Apa yang saya kira menarik tahun ini adalah pola pembelian yang berkait rapat dengan kuasa masyarakat sebagai pembeli serta kekukuhan ekonomi keluarga di dalam masayarakat.

Rata-rata tahun ini ramai yang berbelanja secara sederhana dari segi perhiasan rumah, diri dan keluarga. Jika diperhatikan, ramai yang keluar membeli-belah dengan had tertentu kepada berapa pasang baju dan kasut. Sebuah keluarga yang biasanya mempunyai lebih dari seorang anak hanya membeli sepasang atau sehelai  sahaja untuk setiap seorang. Ini jelas dilihat di mana-mana kedai pakaian, butik atau kiosk, terutamanya yang menjual baju kurung dan baju Melyu.

Lain pula yang dilihat dipasaraya besar seperti Mydin atau Giant. Ramai diantara mereka meletakkan bajet yang agak besar untuk anak-anak berbelanja dari segi keperluan pakaian. Mereka tidak lokek untuk membeli lebih dari sepasanag atau sehelai baju.

Saingan seperti ini amat dirasai oleh rakan usahawan yang memang perlu bersaing dengan pasaraya-pasaraya besar yang banyak menawarkan barang pada kualiti yang sama dan adakalanya jauh lebih baik.Harga? Ia merupakan salah satu faktor utama persaingan.

Ramai pengguna pula tidak lokek untuk berbelanja lebih membeli bahan mentah untuk memasak termasuklah kuih dan biskut untuk juadah. Meskipun mereka hanya membeli dalam bilangan yang sedikit, rata-rata membeli seperti keperluan mingguan yang biasa. Ini bermakna, jumlah perbelanjaan untuk bahan mentah dan makanan adalah seperti biasa. Manakala, di pasaraya besar tertentu, ianya sudah tentu lebih dari biasa.

Bagi penjual daging dan ayam yang mula menjual bahan mentah itu disekitar bandar dilihat agak perlahan jualannya. Saya kira ini kerana ramai yang sudah pulang ke kampung lebih awal memandangkan cuti sekolah sudah bermula seawal 6 September lagi. Jadi, pembelian ayam dan daging di kawasam bandar agak menurun berbanding sebelumnya. Saya sendiri melihat penjual daing segar yang kebiasaannya (tahun lalu) akan kehabisan stok seawal 10 pagi, masih lagi menanti pelanggan hingga jam 12 tengah hari.

Apa yang pasti rezeki usahawan di bulan Ramadahan dan Syawal pasti berterusan. Maklumlah, kebiasaannya, ramai yang akan mengadakan 'Rumah Terbuka' sempena Syawal.

Cuba kita perhatikan saja situasi akan datang ini. Adakah kita sebagai rakyat Malaysia akan lebih 'menguasai' masa depan ekonomi negara kita atau sebaliknya?

Comments

  1. salam k.meen, selamat hari raya. rasanya k.meen dulu rasanya ambik engineering, tapi buleh buat ulasan pasal economis plak. betul apayang k.meen kata saya pun dah kurang ckit belanja raya tahun ni. 2 pasang sorang je. Maknanya 10 pasang baju yang dibeli.

    ReplyDelete
  2. Pemerhatian orang biasa. Terima kasih sudi 'mampir'.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Indahnya Berkasih...

Bila terkenang waktu pertama kali berjumpa suami, tersenyum sendiri saya dibuatnya. Yalah, walau dulu cara kita bercinta tak sama dengan anak muda sekarang, saya rasa pada masa itu ramai juga rakan yang 'asyik' bercinta sakan. Mungkin, saya antara mereka yang agak naif dalam berkawan pada masa itu. Apa yang pasti, saya tidak melangkaui batasan yang sepatutnya. Malah kesilapan lalu tidak mahu lagi saya ulangi. Apa yang saya ingin dikongsikan ialah tentang "INDAHNYA BERKASIH" yang perlu wujud pada setiap masa dalam hidup bersama suami... Dalam masa susah dan sukar, ramai yang mudah lupa akan keindahan-keindahan yang telah kita ciptakan pada satu masa dulu. Ada kalanya, perlu juga kita mengulangi pengalaman 'berbulan madu' bersama suami. Pada ramai wanita yang hatinya sering tercalar dan dilukai oleh suami, ia bukanlah satu titik akhir untuk menamatkan kisah indah yang pernah tercipta. Pada wanita yang sedang berbahagia bersama suami, seringlah beringat untuk men...

Menyambung Ukhuwwah: Deposit Bank Sosial Anda!

Saya dengan lapang dada, mula memberikan peluang kedua bagi diri saya untuk menjalin semula hubungan ukhuwwah tanpa sebarang prasangka! **************** Assalamualaikum. Kepada semua rakan pembaca dan sesiapa yang secara sengaja atau tidak singgah di laman blog   saya ini. Pernah anda terfikir tentang dimana kawan-kawan lama dulu? Tidak kiralah semasa di sekolah rendah, sekolah menengah atau mungkin di universiti atau kolej tempat anda belajar. Saya secara jujur, pada awalnya tidak mahu menjalin hubungan semula dengan kawan-kawan lama. Maklumlah, saya rasa pengalaman dulu banyak yang kurang indah dan lebih banyak yang menyakitkan. Kenangan dibuli membuli, dimarah dan memarahi, kawan baik, kakak angkat, adik angkat, kenangan bersama di kelas dan asrama, banyak   yang tidak begitu indah untuk diingat, apatah lagi untuk dikenang. Ramai rakan dulu jauh lebih berjaya daripada saya. (mereka selalu berkata sebaliknya) Saya adalah antara yang mempunyai ramai anak dan agak be...