Skip to main content

ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

Antara cabaran paling besar bagi pengusaha bisnes dengan lesen enterprise ialah pengasingan wang bisnes dan wang peribadi.

Secara amnya, apabila kita sudah ada SOP dan proses asas pengurusan kewangan, kita akan memastikan SEMUA WANG MASUK akan direkodkan transaksinya dengan memasukkan semua wang itu dalam akaun bank bisnes.

Semua pembayaran oleh pelanggan dan klien juga dibuat atas nama perniagaan BUKAN akaun peribadi. Memandangkan akaun di bawah pengurusan bisnes enterprise umpama akaun persendirian, maka, DISIPLIN yang kuat bagi pendiri bisnes mesti ada.

1. Tetapkan gaji khas yang pendiri bisnes akan ambil.
RM2500? RM3000? RM5000? RM10000?
Tentukan. Hanya nilai itulah yang boleh diambil oleh pendiri bisnes.
TIADA AMBILAN tambahan.

2. Tetapkan perbelanjaan yang dibolehkan untuk pendiri bisnes gunakan.
Contohnya, bil telefon, data internet, perbelanjaan keraian dan kos perjalanan untuk urusan bisnes.

Sebaiknya, hadkan satu jumlah untuk setiap satu item, ATAU satu amaun 'lump sum' setiap bulan. RM200, RM2000, RM5000?

Semua ini, biasanya disertakan dengan semua bukti perbelanjaan untuk direkodkan sebagai item perbelanjaan dalam bisnes.


Maka, item yang penting bagi bisnes dimasukkan dalam kategori ini. Jika ia merupakan keperluan peribadi seperti membeli baju dalam, diapers anak dan seumpamanya, pendiri bisnes mesti menyusun perbelanjaan peribadi melalui wang gaji di bahagian 1. Ini adalah nilai yang sudah ditetapkan.

Perkara 1 dan 2 dapat mengelakkan daripada pendiri bisnes  membuat 'ambilan' pada bila-bila masa tanpa had. Dengan kata mudah, pengurusan kewangan tidak boleh dibuat sesuka hati.
Pada masa yang sama, ia membantu pendiri bisnes mempunyai disiplin yang tinggi dalam hal pengurusan kewangan.

Ambil contoh mudah. Katakan pendiri bisnes pada tahun itu, dapat membawa masuk satu projek berjumlan RM300,000 melalui kontrak selama 3 bulan. Meskipun ada keuntungan bernilai RM100,000, gaji dan perbelanjaan yang dibolehkan tetap sama.

Bermakna, pendiri bisnes TIDAK MEMBUAT AMBILAN tambahan.

Apabila bisnes ada wang lebihan, jadikan ia sebahagian daripada perancangan modal membangunkan bisnes, sama ada projek baru, pelaburan baru, menambah staf, membeli aset atau menukar pengurusan bisnes kepada bersyarikat.

ASAS pengurusan kewangan yang paling basik ini, merupakan satu titik permulaan untuk memastikan kita dapat menguasai disiplin pengurusan yang baik.

Apakah yang berlaku sekiranya, kita membuat 'ambilan' juga untuk kegunaan peribadi yang lain?
Contohnya, untuk tujuan majlis perkahwinan anak atau perbelanjaan anak masuk ke universiti?

Dalam konteks pengurusan, pendiri bisnes bebas membuat 'ambilan'.
Pengurusan akaun bisnes secara enterprise, 'treatment'nya masih macam akaun peribadi.
Inilah antara 'disadvantage' pengurusan secara lesen enterprise yang banyak diperkatakan.

Namun, pengurusan bisnes enterprise boleh sahaja diteruskan mengikut keperluan dan rancangan bisnes setiap pendiri bisnes.


Selamat berbisnes!



Noraminah Omar
9.57 malam
Kajang.

Comments

Popular posts from this blog

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...

Boss, Isteri dan ...

Wanita bekerjaya? Perkara biasa... Boss perempuan? Juga biasa... Ibu sibuk dengan kerja? Tak hairan... Anak gagal? Mana ibunya...kenapa tidak ambil berat. Anak nakal? Ibu tak pernah ajar adab dan susila... Anak dibuang? Ibu jenis apa ini... Apa pandangan anda sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam institusi kekeluargaan? Anda pastinya seorang anak, adik atau abang atau kakak kepada adik-beradik yang lain  dan mungkin juga seorang isteri atau suami. Saya cuma ingin menyatakan sedikit pandangan dan pengalaman ringkas sebagai seorang individu. Rata-rata hari ini, wanita merupakan mereka yang bekerjaya dan diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab yang penting. Saya juga membaca banyak artikel dan berita tentang bagaimana pemimpin wanita di Malaysia mengajak lebih ramai wanita untuk terus meningkatkan pengetahuan dan menyumbang untuk pembangunan negara. Saya juga pada masa yang sama membaca dan mendengar pelbagai cerita buruk perihal wanita. Ini...

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah. Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu. Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital. Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia. Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ...