Skip to main content

Anehnya manusia. Anehnya diri.

Semasa saya menaip catatan ini, saya sedang menghitung malam. Rupa-rupanya, genap 10 malam saya berada di hospital dan selama itulah saya tidak balik ke rumah.

Saya sihat. Anak saya yang sakit. Pengalaman emosi yang pelbagai selama 10 malam ini, tidak saya catatkan di mana-mana status saya di FB. Malah, tidak ramai yang tahu bahawa saya tidak masuk pejabat lebih daripada 10 hari itu.

Malam ini, saya menaip dengan ditemani oleh tangisan anak-anak kecil dalam wad paedatrik. Anak saya yang semakin pulih dan pastinya akan dapat keluar wad dalam masa terdekat, membolehkan saya membuka laptop dan menaip. Menaip dalam wad hospital.

Sebenarnya, saya duduk termenung. Sambil memikrkan, anehnya hidup. Anehnya manusia. Dan tanpa sedar, saya juga hairan dengan diri sendiri, kerana saya juga manusia.

Kita sebagai manusia, merupakan satu ciptaan hebat yang Allah jadikan. Dalam konteks ini jugalah, saya sebenarnya terus termenung memikirkan keadaan yang memerlukan saya sendiri bekerja dengan ramai manusia.

Ada banyak situasi di mana komunikasi menjadi isu. Ada juga situasi di mana maklumat yang sampai berbeza daripada maklumat yang asal.

Apabila mengenangkan ini semua, kita akan rasa penat dan letih. Namun, setiap hari dan setiap saat, saya sendiri mengulang-ulang skrip-skrip positif kepada diri.

Komitmen menulis ayat-ayat positif juga penting. Masa yang ada, sudah pasti kita mahukan untuk yang baik-baik sahaja.

Malam ini, saya masih terus memikirkan jalan.
Rancangan kehidupan untuk hidup.
Rancangan kerja untuk terus merealisasikan kehidupan.

Sesungguhnya, Allah itu maha adil.
Apabila kita dalam dilema, pada masa itulah kita banyak berfikir.
Pada masa itulah, seringkali hidayah itu hadir.



Noraminah Omar
3 Ogos 2016
3.30 pagi
Hospital Kajang.

Comments

  1. assalamualaikum Puan, memangnya kita ciptaan yg hebat, namun penciptaan langit dan bumi itu lebih besar dari penciptaan manusia ....40:57, lantaran bila buntu di bumi saya akan mendongak ke langit. 😊

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum Puan, memangnya kita ciptaan yg hebat, namun penciptaan langit dan bumi itu lebih besar dari penciptaan manusia ....40:57, lantaran bila buntu di bumi saya akan mendongak ke langit. 😊

    ReplyDelete
  3. nice blog..jom follow blog saya.. =)
    http://terataiatma.blogspot.my/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hal PENGURUSAN Asas Bisnes dengan Lesen Enterprise - Bahagian 1

Selepas mendaftarkan perniagaan kita dengan lesen enterprise di SSM, maka dengan itu sahlah bisnes yang kita daftarkan. Meskipun kita boleh sahaja menjalankan bisnes tanpa lesen SSM, kita yang mahu mengembangkan bisnes, sudah tahu akan kepentingan bisnes dijalankan secara pendaftaran yang sah. Seterusnya, baharulah situasi pengurusan asas di ambil kira. Apakah yang perlu dilihat? 1. Jenis bisnes yang dijalankan. Sekiranya bisnes yang kita jalankan itu ialah menjual produk, maka keperluan jualan perlu diambil kira. Sekiranya bisnes kita jalankan itu dalam bentuk servis, mendapatkan pelanggan B2C atau B2B mestilah disusunkan. Sekiranya bisnes kita jalankan itu, pendidikan, maka urusan yang berkaitan dalam industri itu mestilah disemak. Semua persediaan hal pengurusan bisnes adalah bergantung kepada jenis bisnes yang kita sudah pilih. 2. Sasaran pelanggan dan urusan mendapatkan 'job' atau jualan. Mengikut keperluan sasaran pelanggan, mulalah kita menyediakan ba...

YANG KELIHATAN, YANG DIFIKIRKAN

Ahli keluarga yang berkumpul itu, umpama rahmat. Rahmat kasih sayang yang melimpah ruah untuk sebuah keluarga. Sama ada besar atau tidak, ia tetap sebuah keluarga. Mana mungkin seorang ibu dan ayah mahu melihat anak-anak, suami dan isterinya susah. Ya, tidak ada. Jika ada sekalipun, mereka itu adalah orang-orang yang diduga. Diduga dengan kesakitan yang tidak nampak oleh mata manusia biasa. Ada beberapa individu, kelihatannya normal sahaja. Tetapi, reaksinya, kata-katanya, persis seperti orang yang tidak sihat. Adakalanya mereka sakit dan tidak menyatakan kesakitan secara zahir. Adakalanya mereka lupa, cepat marah dan tidak dapat mengewal emosi. Mereka sendiri tidak tahu dan tidak sedar akan semua ini. Ada ibu-ibu yang sentiasa, saban hari mendoakan anak-anaknya. Ada ayah-ayah, yang tidak pernah lekang berusaha mengadakan keperluan keluarganya. Tuan dan Puan, rakan-rakan yang membaca tulisan ini.... Sesungguhnya pada setiap orang ada banyak cerita dan rahsia. Ada ahli ke...